Sabtu, 29 Januari 2011

Generasi Tanpa Dadah

Selamat Tahun Baru Cina

PPDa Jerantut mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina kepada guru, pelajar, PIBG dan masyrakat berbangsa cina. Bersama ini disediakan keratan berkaitan bagaimana peranan untuk mewujudkan generasi tanpa dadah.
  1. Peranan Individu
  2. Peranan Ibu Bapa
  3. Peranan Guru
  4. Peranan Pemimpin Setempat
  5. Peranan majikan
  6. Peranan Pekerja
  7. Peranan Belia
  8. Peranan Pelajar
  9. Peranan Media Massa
  10. Peranan Pertubuhan Sukarela


myMetro | Luang masa bersama anak

myMetro Luang masa bersama anak

Jumaat, 28 Januari 2011

PROSIDAR Perlu Diberi Perhatian

TAHAP 2
TAHAP 1


Kit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) telah diterbitkan bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah rendah di Malaysia.
Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga. Mereka perlu diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan Dadah sejak dari awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah.
Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan pengambilan rokok, inhalan, arak dan dadah.
Sukatan Pelajaran Tahap 1.
Tahun 1
Topik 1 - "Apa itu Rokok"
Topik 2 - Kesan Merokok
Topik 3 - Kenapa Dilarang Merokok
Tahun 2
Topik 1 - Kandungan Dalam Sebatang Rokok
Topik 2 - Kenapa Dilarang Merokok
Topik 3 - Menjauhi Rokok
Tahun 3
Topik 1 - Punca dan Kesan Merokok Kepada Tubuh Badan
Topik 2 - Bagaimana Mengatakan 'TIDAK' Kepada Rokok
Topik 3 - Inhalan; Jenis dan Kesan Penagihanya
Sukatan Pelajaran Tahap 2
Tahun 4
Topik 1 - Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun
Topik 2 - Jenis-Jenis Dadah, Inhalan dan Air Daun Ketum
Topik 3 - Kesan dan Akibat Penagihan Dadah
Tahun 5
Topik 1 - Faktor-faktor Penagihan Dadah
Topik 2 - Faktor Penagihan Dadah; Pengaruh Rakan sebaya
Topik 3 - Amalan Gaya Hidup Sihat
Tahun 6
Topik 1 - Masalah Dadah Semasa
Topik 2 - Kesan Penggunaan Dadah dari aspek Sosial, Ekonomi, Keselamatan Dan Kesihatan
Topik 3 - Undang-undang dan Hukuman dadah di Malaysia


Rabu, 26 Januari 2011

PPDa dan AADK Berganding Bahu




KUANTAN 25 Januari - Satu mesyuarat permaufakatan antara PPDa dengan AADK Negeri Pahang telah diadakan di Pejabat AADK Negeri Pahang. Kerajasama yang terjalin sekian lama diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada program pendidikan pencegahan dadah. Ini kerana kita semua tahu, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Antara program yang perlu dijalankan bersama antaranya Pelancaran Minggu Antidadah, Program Intervensi Pelajar dan lain-lain yang bersesuaian. Mesyuarat ini melibatkan semua Pegawai PPDa negeri dan daerah bersama dengan AADK negeri serta AADK daerah seluruh negeri Pahang.

PPDa 2011




KUANTAN 24 Januari - Satu mesyuarat perancangan PPDa peringkat negeri Pahang telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Mesyuarat ini amat penting kerana ia melibatkan perancangan aktiviti di peringkat daerah.Berdasarkan mesyuarat PPDa daerah perlu memberi tumpuan kepada 5 teras:-
1. Pendidikan Pencegahan Rokok
2. Pendidikan Pencegahan Dadah
3. Pendidikan Pencegahan Inhalan
4. Pendidikan Pencegahan Arak/Alkohol
5. Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS (Gejala Sosial)

PPDa daerah perlu menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain bagi memantapkan pelaksanaan program.Antaranya PPDa daerah perlu berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah bagi menjalankan Program Antimerokok dan Program Kesedaran HIV/AIDS.

Jumaat, 21 Januari 2011

Timbalan Menteri Pelajaran Melawat Sudut PPDa

Jerantut 19-21 Januari 2011 - YB DR. HJ. MOHD PUAD BIN ZARKASHI, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke sekolah pedalaman daerah Jerantut. Lawatan kerja tersebut bermula dengan perjumpan dengan Pengetua, Guru Besar, PIBG dan Kepimimpin Masyarakat di Dewan Majlis Daerah Jerantut pada 19 Januari 2011. Pada 20 Januarai 2011, Lawatan Kerja bermula di SK Kuala Tahan kemudian ke SK Kg. Pagi bagi Perasmian Bangunan Tambahan . Di SK Ulu Tembeling Pelancaran Kembara Buku dan Buku "Guru Novis" telah dilancarkan. Lawatan Kerja seterusnya ke SK Gusai dan SK Bukit Mat Daling. Majlis Dialog bersama warga Kg. Bukit Mat Daling telah diadakan di SK Bukit Mat Daling. Pada 21 Januari 2011, lawatan kerja dimulai dengan SK Kuala Sat. Timbalan Menteri Pelajaran berkesempatan mengadakan lawatan ke Sudut PPDa SK Kuala Sat. SMK JPSHAS merupakan sekolah terakhir dalam siri lawatakn kerja rasmi. Di sini majlis Perasmian Program Motivasi dan Khidmat Bantu Akademik dijalankan. Kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran menjadi pembakar semangat dalam memajukan pendidikan di sekolah pedalaman Daerah Jerantut.
Mengabadikan tandatangan di Sudut PPDa Sk Kuala Sat
Kenangan Bersama Timbalan Menteri Pelajaran di Sudut PPDa SK Kuala Sat

Mengiringi Timbalan Menteri Pelajaran di SK Kuala Sat



Rabu, 12 Januari 2011

Tahniah & Syabas Buat Sahabat

En. Rahimi - Penyelia HEM PPD Bentong. Kenangan bersama mengendalikan kursus guru PPDa Pahang 2008

Kenangan bersama ketika Menjadi Hakim Bilik Sumber PPDa

Peringkat Kebangsaan 2009





En. Azman - Penyelia Sukan PPD RaubKenangan bersama ketika Program PPDa Kebangsaan

di SK Kuala Sat Jerantut 2008





En. Zamri - GPK Pentadbiran SK Terisu Cameron Highlands









Tahniah buat En. Rahimi atas pelantikan sebagai Penyelia HEM di PPD Bentong. Tahniah buat En. Azman atas pelantikan sebagai Penyelia Sukan di PPD Raub. Tahniah juga buat En. Zamri kerana dilantik sebagai GPK Pentadbiran di SK Terisu, Cameron Highlands. Sumbangan kalian bertiga dalam melaksanakan tugas sebagai Pegawai PPDa sebelum ini amat dihargai.










Jumaat, 7 Januari 2011

Penempatan Guru Baru & Pemantauan Sekolah-Sekolah Ulu Tembeling

JERANTUT 5-6 Januari 2011- Seramai tujuh orang guru baru telah ditempatkan di sekolah-sekolah Ulu Tembeling. Diharapkan guru-guru berkenaan dapat membantu dalam memantapkan pengurusan PPDa di sekolah.
Menaiki bot kecil untuk pergi ke SK Bukit Mat Daling & SK Gusai













Taklimat di sekolah





Jamal (PPDa) , Hj. Razali (Penyelia Pendidikan Rendah), En. Suhaimi (Penyelia PRA)

Di Kampung Bantal Ulu Tembeling

(Hujan turun sepanjang perjalanan)














Berlepas dari Jeti Kuala Tahan









Isnin, 3 Januari 2011

Pelan Tindakan Program PPDa Peringkat Sekolah 2011

Merujuk surat JPNP/19/01/001 Jld.5 (57), PPD Jerantut telah memanjangkan surat berkaitan Senarai Semak Pengurusan Khidmat Pendidikan Pencegahan Dadah 2010 dan Pelan Tindakan Program PPDa Peringkat Sekolah tahun 2011 ke semua sekolah daerah Jerantut.


Pihak pengurusan sekolah diharapkan dapat melengkapkan dan kembalikan Borang Senarai Semak PPDa (Lampiran 1) untuk dianalisis di peringakt PPD Jerantut sebelum 21 Januari 2011. Diharapkan ia menjadi asas dalam memantapkan pengurusan PPDa bagi tahun ini.