Selasa, 22 Februari 2011

Peamantauan PPDa di SMK Jengka 24

Pemantauan Pengurusan Pendidikan Pencegahan di SMK Jengka 24 telah dijalankan pada 21 Februari 2011. Pemantauan ini memberi tumpuan kepada pengurusan fail, perjalanan aktiviti PPDa di sekolah, dokumentasi program dan pelaksanaan sudut PPDa. Tahniah kepada cikgu Nadzri selaku guru PPDa yang baru bertukar ke SMK Jengka 24 kerana berjaya mewujudkan kan Sudut PPDa di sekolah. Diharapkan pengalaman cikkgu Nadzri menguruskan Bilik PPDa di SMK Inderapura sebelum ini sehigga menjadi Johan Kebangsaan tahun 2009 dapat digunakan di SMK Jengka 24. Terima kasih juga kepada pengurusan sekolah yang banyak memberi sokongan kepada program PPDa di sekolah. Kerjasama semua pihak akan membolehkan SMK Jengka 24 mencapai Visi sekolah iaitu "Sekolah Harian Terbaik Peringkat Daerah 2013". Ini selaras dengan Misi sekolah yang berazam untuk melahirkan modal insan yang berilmu dan berakhlak mulia.
Contoh Bahan Berkaitan PPDa
Sudut PPDa di SMK Jengka 24

En. Mohd Nadzri bin Mahmmud (Guru PPDa SMK Jengka 24)


Ahad, 20 Februari 2011

Bencana Sosial Mengancam Nilai Islam

oleh MASHITAH IBRAHIM
19/2/2011 11:01:37 AM

Menurut satu kajian terbaru, 60 peratus remaja Malaysia hilang dara menjelang umur 18 tahun, manakala 42 peratus daripada mereka mengaku mengadakan hubungan seks dengan ramai pasangan. Sejumlah 43 peratus berkata mereka gembira selepas melakukan seks, malah 30 peratus remaja mengaku menjalin hubungan jantina sekadar bersuka-suka.

Kajian membabitkan 2,800 responden berusia 15 hingga 25 tahun yang dijalankan sebuah universiti tempatan dengan portal YouthSays.com juga menunjukkan di kalangan mereka yang mengadakan hubungan seks, 74 peratus tidak mengamalkan sebarang perlindungan.

Maklumat kajian ini sangat merisaukan. Walaupun soal selidik dijalankan secara rambang membabitkan responden remaja pelbagai kaum dan agama, dan kita juga terima hakikat bahawa soal selidik yang dijalankan secara online mempunyai beberapa kelemahan dari segi ketepatan maklumat, ia masih membimbangkan.

Ini mendorong kita berfikir sama ada pelbagai usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh pihak kerajaan, NGO dan sukarelawan serta kempen saban hari melalui media sebenarnya tidak berhasil? Pelbagai dasar, strategi dan program yang dilaksanakan rupanya tidak ke mana.

Adakah tenaga, masa, wang ringgit dan pelbagai kajian yang dijalankan oleh penyelidik masih sia-sia?

Saya tidak percaya kita menemui jalan buntu. Namun statistik diperoleh daripada kajian ini bukan sahaja menyedihkan, malah menggerunkan. Kira-kira 30 peratus remaja berkata, mereka memikirkan seks setiap hari dan 50 peratus tidak pasti mereka ada pengetahuan yang cukup mengenai seks sebelum mengadakan hubungan jantina.

Sebagai Penaung Rumah Perlindungan Baitul Fiqh di Subang Jaya, saya cukup mengambil berat mengenai bencana sosial yang melanda remaja di negara kita dan mengancam keharmonian kehidupan bermasyarakat. Moral dan nilai agama terancam.

Keadaan ini menuntut perhatian yang serius dan usaha yang berterusan dari pelbagai pihak, termasuk kerajaan, agensi dan jabatan, NGO dan badan sukarela, polis, sekolah dan universiti, pengurusan surau dan masjid, pihak media dan ibu bapa.

Bayangkan, rumah perlindungan Baitul Fiqh yang kecil ini (cuma boleh mengambil 15 penghuni pada satu-satu masa) sudah mengendalikan 600 kes remaja hamil dalam tempoh enam tahun.

Di Lembah Kelang sahaja, terdapat puluhan rumah perlindungan dan pusat bimbingan yang menampung remaja hamil pelbagai kaum dan agama. Di Baitul Fiqh, kita mengisi waktu penghuni dengan kelas-kelas mengaji al-Quran dan tajwid, fekah dan tauhid selain sesi motivasi dan pembelajaran kemahiran, seperti memasak, membuat roti dan kek.

Alhamdulillah, dengan kurniaan Allah SWT dan kerjasama pengurusan serta sukarelawan, majoriti kes yang kita urus di Baitul Fiqh berakhir dengan penghuni mampu khatam Quran, menyambung pelajaran di sekolah atau universiti, menyambung kerjaya atau menjadi isteri dan ibu yang baik selepas berkahwin. Tidak ada kes yang berulang.

Tapi tanggungjawab kita tidak berhenti di sini. Kita juga tidak boleh berlapang dada dengan pencapaian setakat ini. Justeru, saya amat menghargai lawatan yang dilakukan oleh pelbagai pihak ke Baitul Fiqh termasuk Perkasa, wakil rakyat, syarikat korporat, penyelidik, sukarelawan dan para dermawan.

Satu keadaan yang terpaksa kita hadapi ialah tanggapan bahawa rumah perlindungan seperti Baitul Fiqh sebenarnya menggalakkan kes zina dan menambah bilangan bayi luar nikah.

Abu Hurairah juga meriwayatkan: “Bahawasanya Rasulullah SAW mencium Husin bin Ali (cucu baginda), maka berkatalah Al-Aqra’ bin Habbas: “Sesungguhnya bagiku ada sepuluh orang anak tetapi aku tidak pernah mencium satu pun dari mereka. Maka bersabdalah baginda: “Barang siapa tidak merahmati, dia tidak dirahmati.”

Hadis ini menceritakan bagaimana baginda Rasulullah SAW menegur sikap seorang sahabat yang tidak pernah menzahirkan kasih sayang terhadap anaknya. Baginda mengingatkan barang siapa tidak merahmati atau mengasihi, maka Allah SWT tidak merahmatinya.

Penulis ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Jumaat, 18 Februari 2011

Rekrut Edar Dadah Guna Facebook


KUALA LUMPUR – Sindiket edar dadah antarabangsa kini menggunakan teknik licik melalui laman sosial popular, Facebook untuk menjadikan wanita tempatan ‘keldai dadah’.

Modus Operandi terbaru itu didedahkan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Datuk Noor Rashid Ibrahim pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini, semalam.

Melalui teknik itu, katanya, sindiket antarabangsa berkenaan akan bergabung dengan anggota sindiket dalam negara ini bagi menjadikan wanita sebagai mangsa.

Noor Rashid berkata, modus operandi itu dimulakan dengan kaedah sindiket terlebih dulu akan berkenalan dengan mangsa melalui Facebook.

Setelah berkenalan rapat hingga mendapat kepercayaan mangsa, anggota sindiket seterusnya akan menjanjikan kemewahan kepada mereka selain mengaburi mangsa dengan membawanya melancong ke luar negara.

“Apabila mendapat kepercayaan daripada wanita itu, barulah sindiket akan menjadikan mereka keldai dadah,” katanya.

Menurutnya, sindiket itu sering menjadikan wanita sebagai mangsa untuk membawa dadah ke negara ketiga.

”Sebelum ini mereka merekrut wanita tempatan secara langsung tetapi kini melakukan perubahan dengan mendapatkan khidmat sindiket tempatan bagi merekrut mangsa.

”Sebelum ini, warga Nigeria dan Iran menggunakan modus operandi yang sama untuk merekrut wanita tempatan terbabit sindiket pengedaran dadah ini,” katanya berhubung modus operandi terbaru itu.

Menurutnya, semua mangsa berumur kurang 40 tahun sering dijadikan sasaran dan berjaya ditahan di Taiwan, Brazil, Peru dan Thailand.

Dalam pada itu katanya, berdasarkan statistik pada 2008 hingga tahun lalu, seramai 155 rakyat negara ini ditahan di luar negara dan membabitkan 76 wanita.

Sehubungan itu, Noor Rashid berkata, polis berjaya mengekalkan momentum membanteras kegiatan dadah di negara ini dengan menahan 14,652 orang Januari lalu membabitkan pelbagai kesalahan dadah berbanding 12,409 orang untuk tempoh sama tahun lalu.

Menurutnya, polis berjaya membongkar empat makmal haram memproses dadah iaitu dua di Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang serta menahan lapan orang dipercayai terbabit sindiket itu pada bulan pertama tahun ini.

Jelasnya, pada Januari lalu juga menunjukkan peningkatan dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM38.8 juta berbanding Januari tahun lalu hanya RM5.9 juta manakala hasil pantau di lapangan terbang antarabangsa berjaya menahan 24 individu terdiri daripada 17 warga Iran, Nigeria (4) dan masing-masing seorang warga India, Jerman dan rakyat negara ini.

http://www.sinarharian.com.my/SH/com/content/story8764008.asp

Khamis, 17 Februari 2011

Pemantauan PPDa

Pandangan Hadapan Sudut PPDa Sekolah

Pengetua SMA Kota Gelanggi 3

Pemantauan Pengurusan PPDa telah diadakan di SMA Kota Gelanggi 3 pada 17 Februari 2011. Sekolah ini merupakan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan. Mulai tahun 2009 sekolah ini telah diletakkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia. Tahniah kepada pengurusan sekolah, kerana menjalankan program PPDa di sekolah. Pengurusan PPDa perlu diberi perhatian agar anak-anak pelajar tidak terlepas peluang dari mendapat maklumat tentang pendidikan pencegahan dadah. Kewujudkan sudut/lorong PPDa di sekolah amat penting kerana ia merupakan satu kaedah untuk menyampaikan maklumat secara berterusan kepada pelajar. Tahniah buat warga SMA Kota Gelanggi 3.

Pemantauan PPDa

Pandangan Hadapan Sekolah Sudut/Lorong PPDa Sekolah

Pengetua SMA Kota Gelanggi 3
Pemantauan Pengurusan PPDa telah diadakan di SMA Kota Gelanggi 3 pada 17 Februari 2011. Sekolah ini telah didaftarkan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 2009. Kesungguhan pihak sekolah dalam melaksanakan program PPDa amat dihargai. Kewujudan sudut/lorong PPDa di sekolah membolehkan penyebaran maklumat pendidikan pencegahan dadah secara berterusan kepada pelajar. Pihak sekolah perlu memikirkan agar setiap pelajar tidak terlepas peluang untuk memperolehi pendidikan pencegahan dadah di sekolah. Diharapkan dengan adanya progam PPDa di sekolah dapat membentuk jati diri pelajar dan melahirkan modal insan yang cemerlang.


Pelancaran Minggu Antidadah Sekolah

Sukacita dimaklumkan bahawa kerajaan Malaysia telah mengisytiharkan 19 Februari setiap tahun sebagai Hari Antidadah Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, semua sekolah diminta melaksanakan Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Sekolah sempena Hari Antidadah Kebangsaan bermula pada 19 Februari hingga 31 Mac 2011. Tema sambutan Hari Antidadah Kebagsaan Kementerian Pelajaran Malaysia ialah "1 Malaysia Membanteras Dadah".
Pihak sekolah disaran mengadakan beberapa aktiviti sepanjang Sambutan Minggu Antidadah peringkat sekolah seperti membaca perutusan YH Dato' Pengarah Pelajaran Pahang, pidato, ceramah antidadah, pameran, deklamasi puisi antidadah dan aktiviti lain yang menjurus kepada penyampaian mesej antidadah.
Kerjasama pihak sekolah untuk menghantar laporan bergambar mengenai pelaksanaan Sambutan Minggu Antidadah peringkat sekolah ke Pejabat Pelajaran Daerah pada 1 April 2011.
Perutusan YH Dato' Pengarah Pelajaran Pahang dan Borang Pelaporan Aktiviti Sambutan Minggu Antidadah boleh dapatkan melalui fail muat turun Pelancaran Minggu Antidadah.

Selasa, 15 Februari 2011

Pemantauan pengurusan PPDa

Pandangan Hadapan SMK Lepar Utara
GPK Pentadbiran SMK Lepar Utara

Guru PPDa SMK Lepar Utara


Pemantauan pengurusan PPDa telah diadakan pada 14 Februari 2011 di SMK Lepar Utara. Pemantauan ini bertujuan untuk mengesan pelaksanaan dan pengurusan program PPDa di sekolah. Ia juga bertujuan menilai sejauh mana keberkesanan program PPDa di sekolah. Tahniah kepada pengurusan sekolah kerana berusaha menjalankan program PPDa di sekolah. Sudut/lorong PPDa di sekolah seharusnya dijadikan satu kaedah untuk menyampaikan masej antidadah kepada pelajar.

Ahad, 13 Februari 2011

Maulidur Rasul


Pada 15 Februari 2011 bersama 12 Rabiulawal 1432 Hijrah, merupakan sambutan Maulidur Rasul junjungan kita Rasullullah s.a.w. Sambutan ini adalah bertujuan untuk memperingati pengorbanan dan perjuangan Baginda menyebarkan Islam.
Mari kita sama-sama selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

myMetro | Minda: Menggempur HIV/Aids

myMetro Minda: Menggempur HIV/Aids

Sabtu, 12 Februari 2011

Pemantauan Pengurusan PPDa

SMK Kota Gelanggi 2 - 9 Februari 2011, Pemantauan pengurusan PPDa telah diadakan oleh Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Pemantauan ini bertujuan untuk mengesan pelaksanaan dan pengurusan program PPDa di sekolah. Ia juga bertujuan untuk menilai sejauh mana keberkesanan Program PPDa di sekolah. Pemantauan ini meliputi aspek Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembinaan Sahsiah.Tahniah kepada Guru PPDa sekolah kerana berjaya membuat perancangan bagi aktiviti PPDa di sekolah. Terima kasih kepada pengurusan sekolah kerana memberi sokongan kepada program PPDa. Diharapkan pengurusan PPDa dapat dipertingkatkan di sekolah agar hasrat Kementerian Pelajaran untuk menjadikan sekolah bebas dadah Tahun 2012 tercapai. Pondok bagi Sudut PPDa

Sudut PPDa

Pandangan Hadapan SMK Kota Gelanggi 2




Jumaat, 11 Februari 2011

Sahabat Baru PPDa

Selama tempoh tiga hari terkandas banjir di Segamat saya mendapat sahabat baru iaitu En. Tan dari PETRONAS Kuantan. En. Tan dan keluarga sebenarnya dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Melaka untuk menyambut Tahun Baru Cina. Namun hasrat untuk pulang awal ke Melaka tidak kesampaian. Kami sama-sama mendapat bantuan dari pihak Pasaraya Giant untuk meletakkan kenderaan di tempat yang selamat iaitu 'parking' bumbung Pasaraya Giant. Terima kasih kami ucapkan kepada Pasaraya Giant Segamat atas segala keperihatinan. Kami berasa terharu melihat keadaan rumah, bangunan kedai dan kenderaan ditenggelami air. Apabila air surut kami sepakat melalui jalan Segamat - Labis - Yong Peng setelah mendapat maklumat dari balai polis Labis dan Yong Peng. Kami sempat berehat di Hentian Pagoh untuk menikmati sarapan pagi sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
Saya dan En. Tan (Sahabat PPDa - PETRONAS)
Menjamu selera bersama sahabat baru di Hentian PagohMeredah banjir menuju ke Yong Peng

Selasa, 1 Februari 2011

PPDa Terlibat Banjir di Segamat



PPDa Jerantut telah terkandas dalam banjir di bandar Segamat mulai 30 Januari 2011 hingga 1 Februari 2011. 1 Februari 2011 PPDa Jerantut telah keluar dari bandar Segamat melalui Yong Peng menuju ke Tangkak. Alhamdullilah semuanya selamat, terima kasih kepada semua Rakan PPDa dan sahabat yang memberi sokongan moral dan bantuan.

1 Februari 2011 - Keadaan Kenderaan Mangsa Banjir Yang di Bawa Arus Deras

Mangsa Banjir Diselamtkan Oleh Pihak Berkuasa


2 Malam Tidur di Dalam Kereta



Makan Sewaktu Banjir di Segamat




31 Januari 2011 - Keadaan banjir di Bandar Segamat





31 Januari 2011 - Suasana banjir di waktu pagi






30 Januari 2011 - Terkandas di Segamat

Program Keibubapaan

SK Kg. Baharu, 26 JAN - Program keibubapaan telah dijalankan yang melibatkan ibu bapa murid dan guru tahun 6. Proargam ini bertujuan menyampaikan masej tentang pentingnya peranan ibu bapa dalam membentuk generasi yang cemerlang. Ibu bapa seharusnya tahu pergerakan anak-anak, tahu dengan siapa mereka berkawan dan memberikan kasih sayang secukupnya. Diharapkan anak pelajar cemerlang dalam UPSR dan juga cemerlang sahsiahnya.
Ceramah Peranan Ibu Bapa
Penyerahan Poster Arak Adalah Haram Terbitan JPN Pahang

Pendaftaran Ibu bapa