Jumaat, 27 Mei 2011

Takruf



Salam PPda,


Alhamdulillah dikesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang bersama-sama berganding bahu bagi memastikan PPDa diperkasakan di sekolah. Saya juga berharap dengan tugas yang baru diamanahkan ini dapat dilaksanakan dengan baik dengan kerjasama yang diberikan oleh semua terutamanya guru PPDa di Daerah Jerantut ini. Terima kasih juga buat En Jamalrudin(Mantan PPDa PPD Jerantut) yang begitu banyak memainkan peranan bagi mengerakkan PPDa sehingga menghasil kejayaan yang begitu membanggakan. Satu lagi tugas yang amat berat yang perlu saya galas bagi mengembalikan kecemerlangan PPDa di Daerah Jerantut ini. Insyallah dengang kerjasama yang diberikan oleh semua, kita mampu membebaskan anak pelajar kita dari najis dadah durjana. Sekian.

- Muhammad Faiz Bin Mahayudin-
Pegawai PPDa Jerantut

Selasa, 24 Mei 2011

Program Kesedaran HIV/AIDs




PESERTA PROGRAM TERDIRI DARIPADA GURU PPDa DAERAH JERANTUT




EN. FIRDAUS SHUAIB TIMBALAN PPD JERANTUT MENYAMPAIKAN CENDERAHATI
KEPADA DR CHONG


DR CHONG- MENYAMPAIKAN CERAMAH BERKAITAN HIV/AIDS


EN. ABDULLAH SANI BIN HJ ABDUL RAHMAN
(KETUA UNIT PPDa) TURUT BERSAMA MEMBERI TAKLIMAT PPDa


EN. MUHAMMAD FAIZ MAHAYUDIN(PEGAWAI PPDA JERANTUT)
Menyampaikan Taklimat Program.

Program Kesedaran HIV/Aids Peringkat Daerah Jerantut telah berjaya dilaksanakan.

TARIKH : 24 MEI 2011

MASA : 2.00 PETANG

TEMPAT : DEWAN PPD JERANTUT

PENCERAMAH : PEGAWAI KESIHATAN DAERAH JERANTUT

OBJEKTIF : - Memberi kesedaran tentang bahaya HIV/AIDS kepada guru.

- Guru dapat menyampaikan maklumat HIV/AIDS kepada pelajar.

2.00 petang : Pendaftaran & Taklimat oleh Pegawai PPDa Daerah

: Menjawab Soal Selidik

2.30 petang :Ucapan / Taklimat oleh Ketua Unit PPDa JPN Pahang

3.30 petang : Ceramah HIV/Aids oleh Pegawai Kesihatan Daerah

: Soajawab

4.30 petang : Rumusan & Penilaian Program

5.00 petang : Minum petang



Ahad, 15 Mei 2011

Selamat Hari Guru




Selamat hari guru kepada semua pendidik. Guru adalah insan yang mulia dan penting selepas ibu bapa kita. Setiap hari masa kita diluangkan bersama guru. Gurulah yang membimbing kita untuk menjadi insan yang berguna. Guru juga sentiasa menasihati dan memberi perhatian kepada kita. Keperihatinan mereka wajarlah disanjung dengan penuh keikhlasan. Gurulah yang melahirkan seorang pemimpin. Gurulah yang membentuk seorang doktor. Tanpa guru siapalah kita. Terima kasih cikgu...........




Hari guru kita rainkan,


Sebagai tanda jasa dikenang,


Guru penjana transformasi pendidikan,


Demi anak didik yang tersayang.

Khamis, 12 Mei 2011

Serah Tugas






12 Mei 2011 - PPDa Jerantut telah membuat serah tugas kepada En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin sekalu Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah yang baru. Berdasarkan surat JPNP yang berkuatkuasa 14 April 2011 beliau ditempatkan di PPD Jerantut. Tahniah di atas perlantikan sebagai pegawai PPDa yang baru. Sebelum ini beliau bertugas di SK Batu Balai.








Kesempatan ini saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pentadbir dan warga sekolah yang telah memberi kerjasama kepada saya untuk menjalankan tugas sebagai Pegawai PPDa sebelum ini. Untuk makluman saya mula bertugas sebagai Pegawai PPDa 16 september 2004. Banyak pengalaman yang dapat ditimba dalam pengurusan PPDa, sama ada di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Terima kasih kepada G7 yang selama ini banyak membantu dalam menjalankan program-program PPDa.



Tidak lupa juga kepada Unit PPDa Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Pahang. Segala kepercayaan dan sokongan telah membakar semangat saya untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai Pegawai PPDa. Mohon maaf atas kekurangan saya dalam menjalankan tanggungjawab sebagai Pegawai PPDa sebelum ini. Sekarang saya ditugaskan sebagai Penolong PPD Prasekolah di PPD Jerantut.




Sabtu, 7 Mei 2011

Selamat Hari Ibu : 8 Mei 2011




PPDa Jerantut mengucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua yang bergelar ibu. Kepada kaum ibu terima kasih di atas segala pengorbanan dalam mendidik anak-anak sehingga menjadi orang yang berguna kepada keluarga, agama dan negara.








Seorang lelaki datang kepada Rasullulah S.A.W, kemudian berkata: "Wahai Rasullulah, siapakah yang paling berhak aku layani dengan baik?" Beliau bersabda: "Ibumu," Orang itu bertanya lagi, "Kemudian siapa?" Beliau menjawab: "Ibumu." Orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?" beliau menjawab: 'Ibumu." lalu orang itu bertanya lagi: "Kemudian siapa?' Beliau berkata: "Ayahmu." - Abu Hurairah ra.








Bertapa penting ibu, oleh itu jangan kita lupakan jasa dan pengorbanan yang mereka lakukan demi kita semua. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu, berbaktilah dan hargailah ibu selagi kita masih berkesempatan.



Renungkan:

" Kalau kamu sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kamu kirimkan wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulanpun cukuplah". Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulanpun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi ibu sudah tiada. aku sudah tidak berkesempatan lagi, bukan lima puluh ringgit, lima puluh sen pun tidak sempat aku kirimkan! Hanya yang termampu Al- Fatihah, Al-Fatihah, Al-Fatihah.


Al-Fatihah kepada saudara-saudaraku yang telah kehilangan ibu tercinta. Kasihnya ibu membawa ke syurga.


Rabu, 4 Mei 2011

Pemantauan PPDa

4 Mei 2011 - SMKA TAHAP, pemantauan pengurusan PPDa yang melibatkan pengurusan fail dan Sudut PPDa telah diadakan. Melalui pemantauan yang dijalankan didapati pengurusan PPDa di sekolah amat memuaskan. Tahniah kepada Guru PPDa sekolah yang dapat menguruskan program dengan baik. Terima kasih kepada pengurusan sekolah yang memberi kerjasama dalam menjayakan program PPDa di sekolah.





























Ahad, 1 Mei 2011

Selamat Hari Pekerja




PPDa Jerantut mengucapkan Selamat Hari Pekerja kepada pekerja sektor awam dan swasta. "Pekerja Merealisasi Transformasi Negara".




Keseronokan dalam bekerja seharusnya dijadikan matlamat setiap individu begelar pekerja. Setiap orang harus berusaha sehingga timbul rasa keseronokan dalam dirinya ketika bekerja. Keseronokan kerja itu akan membawa kita ke arah matlamat yang ingin dicapai. Semakin tinggi tahap keseronokan kerja maka semakin besar kejayaan yang boleh dicapai.




Faktor keseronokan itu dapat mengelakkan kita berasa bosan serta sifat bertangguh-tangguh terhadap sesuatu kerja. Kita perlu sedar, kita harus mewujudkan keseronokan untuk mencapai matlamat dalam kerjaya.