Rabu, 20 Oktober 2010

Majlis Alumni Sahabat PPDa Petronas Peringkat Kebangsaan
























Tiara Beach Resort, Port Dickson - 18 hingga 20 Oktober 2010 berlangsungnya Majlis Alumni Sahabat PPDa Petronas Peringkat Kebangsaan. Program ini merupakan anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Harian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Majlis tersebut ditaja sepenuhnya oleh PETRONAS.
Majlis tersebut dirasmikan oleh ;
Ybhg. Dato' Hajah Noor Rezan binti Bapoo Hashim
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Kementerian Pelajaran Malaysia














Rabu, 13 Oktober 2010

Program Antirokok Sempena Program Selepas UPSR & PMR

Merujuk surat JPNP 19/01/001/Jld.5(21) bertarikh 20 September 2010, semua sekolah di negeri Pahang ini diarahkan untuk melaksanakan kempen antirokok khusus kepada murid Tahun 6 dan Tingkatan 3. Diharapkan semua sekolah di daerah Jerantut dapat melaksanakan program berkenaan demi anak-anak didik.



Selasa, 12 Oktober 2010

Kem Intensif Program Intervensi Pelajar (PIP) 2/2010

















Program ini telah diadakan pada 5-8/10/2010 di BN2, 505 Askar Wataniah, Kem Susur Tembeling Jerantut. Program ini melibatkan 40 orang pelajar perempuan yang terdiri dari 10 sekolah menengah daerah Jerantut. Program ini merupakan program bersama antara JPN, AADK Pahang dan BN 2, 505 Askar Wataniah , Kem Susur Tembeling Jerantut. Pegawai PPDa Pejabat Pelajaran daerah Jerantut telah diamanahkan untuk menguruskan program tersebut. Terima kasih kepada semua urusetia, guru pengiring, fasilitataor, jurulatih dan ibu bapa yang terlibat sepanjang program berjalan. Perasmian penutupan oleh Ahli Parlimen Jerantut.






































































Lawatan Penanda Aras JPN Melaka






















29/9/2010, JPN Melaka telah datang ke Pahang untuk membuat lawatan penanda aras pengurusan bilik/sudut sumber PPDa. Mereka melawat SMK Maran 2, yang merupakan Johan Kebangsaan tahun 2008 kategori bilik sumber PPDa. Mereka turut melawat SMK Inderapura yang merupakan Johan Kebangsaan tahun 2010 kategori bilik sumber PPDa dan SK Jerantut Jaya yang merupakan Naib Johan Kebangsaan tahun 2010 kategori Sudut/Lorong PPDa. Lawatan ini melibatkan pegawai JPN Melaka, pegawai di PPD dan guru-guru serta murid sekolah Negeri Melaka. Pegawai dari Kementerian Pelajaran Malaysia turut serta dalam lawatan tersebut.

Lawatan Penanda Aras PPD Kuala Kangsar Perak
















Pada 9/7/2010, pegawai dan guru dari PPD Kuala Kangsar telah datang ke SMK Inderapura dan SK Jerantut Jaya. Lawatan ini diketui oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Kangsar. Lawatan ini bertujuan untuk meningkatkan pengurusan bilik / sudut sumber PPDa.

Program Kesedaran HIV/AIDS






















Program yang melibatkan kerjasama PPDa dengan Pejabat Kesihatan Daerah telah dijalankan di SMK Jerantut pada 7/7/2010. Pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri dari pelbagai bangsa. Program ini menekankan tentang bahaya AIDS kepada pelajar, supaya mereka tidak terjebak dengan isu-isu sosial.

Program Kesedaran HIV/AIDS
















Program Kesedaran HIV/AIDS bersama Pejabat Kesihatan Daerah telah dijalankan di SMK Damak pada 30/6/2010. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi pengetahuan kepada pelajar tentang bahaya AIDS.