Jumaat, 4 Mac 2011

Tahniah PPDa Rompin

PPDa Jerantut mengucapkan tahniah buat YM Tengku Nazuen bin Tengku Ibrahim yang telah dinaikkan pangkat sebagai GPK HEM SK LKTP Selendang 4 , Rompin mulai 16 Februari 2011. Diharapkan pengalaman semasa menguruskan PPDa dapat membantu sahabat dalam meningkatkan pengurusan HEM di sekolah. Terima kasih atas kerjasama semasa kita sama-sama dalam PPDa. Saya doakan sahabat terus berjaya dan dapat meneruskan agenda "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".
YM Tengku Nazuen bin Tengku Ibrahim
Kenangan semasa mengendalikan kursus guru PPDa Pahang di Terengganu
Kenangan semasa Program Sahabat PPDa Petronas Kebangsaan di Negeri Sembilan





Khamis, 3 Mac 2011

Tahniah Buat PPD Jerantut

PPDa Jerantut mengucapkan tahniah kepada En. Adnan bin Abdul Kadri atas pelantikan tuan sebagai Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut yang baru bagi menggantikan En. Mohamad bin Hamid. Kehadiran tuan diharapkan dapat membakar semangat warga pendidikan daerah Jerantut untuk meneruskan agenda pendidikan di Daerah Jerantut.
PPDa berbicara dengan PPD En. Adnan bin Abdul Kadir dan En. Mohamad bin Hamid
En. Adnan bin Abdul Kadir selaku PPD Jerantut berucap dalam majlis bersama pengetua dan guru besar daerah Jerantut




2 Tokoh PPD yang mempunyai Visi




Pemantauan PPDa di SMK Pulau Tawar

SMK Pulau Tawar - 3 Mac 2011, Pemantauan pengurusan telah dijalankan bagi memastikan perogram PPDa di sekolah dilaksanakan oleh pihak sekolah. Perbincangan dengan Pengetua, GPK dan Kauselor telah diadakan bagi mencari pendekatan agar program berkaitan pendidikan pencegahan dadah yang menjurus kepada gejala rokok, gam, gejala sosial dan dadah dapat dijalankan di sekolah. Pendedahan kepada isu yang dinyatakan amat penting agar pelajar tahu dan sedar akan akibat jika terlibat dengan gejala tersebut. Kemahiran "Katakan Tidak" dan "Tegas Diri" perlu diterapkan kepada pelajar. Kemahiran ini amat penting bagi pelajar agar mereka berani mengatakan TIDAK kepada perkara-perkara negatif. Pelajar juga seharusnya berani membuat keputusan tanpa pengaruh luar. Prinsip dan etika diri pelajar seharusnya dibentuk agar mereka berani membuat keputusan tanpa menyinggung perasaan orang lain.
(Pengetua , Pegawai PPDa & GPK HEM)

Sudut PPDa Sekolah




Terima Kasih Buat PPD En. Mohamad bin Hamid

Tahniah buat mantan PPD Jerantut, En. Mohamad bin Hamid kerana tuan dapat bertukar ke Pejabat Pelajaran Daerah Rompin. PPDa Jerantut mengucapkan jutaan terima kasih di atas segala sokongan dan perhatian tuan bagi Program PPDa daerah Jerantut. Sokongan dan kerjasama tuan amat bermakna bagi saya selaku Pegawai PPDa dan seluruh warga pendidikan daerah ini bagi mencapai visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan" Negara Bebas Dadah 2015".
Gambar Kenangan Bersalam Dengan Mantan PPD Jerantut
Gambar Kenangan Mantan PPD Jerantut Bersama-sama PPDa Pahang
Kenangan Dalam Majlis Perasmian Sudut PPDa di SK Kuala Sat






Kenangan Semasa Menguruskan Sambutan Hari Raya Peringkat Daerah Jerantut







Pemantauan PPDa di SMK Padang Piol

Pemantauan pengurusan PPDa di SMK Padang Piol telah diadakan pada 1 Mac 2011. Aspek pemantauan meliputi pengurusan fail, perjalanan program dan sudut/lorong PPDa di sekolah. Tahniah atas usaha pentadbir sekolah,kaunselor dan warga SMK Padang Piol kerana memberi tumpuan dalam program PPDa di sekolah. Diharapkan program PPDa di sekolah dijadikan satu agenda penting bagi memastikan visi Kementerian Pelajaran Malaysia iaitu "Sekolah Bebas Dadah 2012" tercapai.










Pemantauan PPDa di SMK Kuala Tembeling

Pemantauan pengurusan PPDa di SMK Kuala Tembeling telah diadakan pada 28 Februari 2011. Perbincangan tentang program PPDa di sekolah dapat dijalankan bersama-sama kaunselor, pengetua dan GPK. Tahniah kepada pengurusan sekolah kerana memberi perhatian kepada program-program pendidikan pencegahan dadah di sekolah. Kewujudan sudut/bilik PPDa di sekolah diharapkan dapat membantu pelajar untuk mendapatkan maklumat tentang gejala rokok, dadah, inhalan, arak dan gam.
Bersama-sama Pengetua dan GPK
Sudut/Lorong PPDa Sekolah