Ahad, 30 Jun 2013

PPDa Jerantut Johan Blog PPDa Peringkat Negeri Pahang & Sudut PPDa PPD

Tahniah kepada En. Muhammad Faiz Mahayudin Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah diatas anugerah  PPDa Jerantut yang dinobatkan Johan bagi kategori Blog Spot PPDa dan tempat Ke-3 bagi kategori Sudut PPDa di PPD. 
Tahniah juga buat Pn. Rosma Md. Taha, Pengetua SMK Temin Jerantut kerana dinobatkan Pengurusan Terbaik bagi kategori sekolah menengah. 
Begitu juga buat Tn. Hj. Azmi Pengetua SMK Jengka 24 Jerantut yang dinobatkan tempat Ke-3 bagi kategori Sudut PPDa sekolah menengah.
 

Johan Blog PPDa Peringkat Negeri Pahang & Ketiga Sudut PPDa
KU SPK PPD Jerantut En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin
tumpang gembira atas kejayaan PPDa. 

KAYUHAN PENDETA (BERBASIKAL) SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2013

Semua Pegawai Unit SPK PPD Jerantut terlibat secara langsung dalam menjayakan Kayuhan Pendeta dan Bulan Kecergasan 2013. Aktiviti telah berlangsung pada 23 Jun 2013. Terima kasih kepada semua wagra pendidik dan individu yang terlibat dalam menjayakan program. TAHNIAH untuk semua yang terlibat.

Penyelia Kokurikulum .

Ahad, 16 Jun 2013

Pemantauan penilaian pertandingan sudut sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang. (SMK MARAN)

 Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, En. Muhammad Faiz Bin Mahayudin telah membuat pemantauan penilaian pertandingan sudut sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang.

SMK MARAN

Selasa, 28 Mei 2013

Pemantauan Persediaan Pertandingan Bilik Sumber PPDa di SK Langar Pekan

23 Mei 2013 - Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Jerantut telah mengadakan lawatan dan pemantauan persediaan pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2013 bertempat di Sk Langgar, Pekan Pahang.

   Tahniah diucapkan kepada PKD Pekan Dan Warga Sk Langgar kerana mewakili negeri Pahang didalam pertandingan Bilik Sumber PPDa Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013.


Pegawai PPDa PPD Jerantut Bersama Guiru Besar SK Langgar
 
 Menyemak dan berkongsi pandangan


Isnin, 11 Mac 2013

Penilaian Pertandingan Sudut Sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang 2013

Cameron Higlands- Pada  8 Mac 2013, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, En. Muhammad Faiz Bin Mahayudin telah membuat pemantauan penilaian pertandingan sudut sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang.


  Bergambar Bersama Warga SJKC(T)  Shum Yip Leong

Pegawai PPDa Jerantut Bersama murid SJKC T Shum Yip Leong


bersama barisan panel PKD Maran, Jerantut, Bera, Kuantan, Maran

Isnin, 26 November 2012

TAHNIAH SMK TEMIN KE PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN SUDUT/LORONG SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Kenangan bersama barisan hakim yang diketuai oleh En. Salim bin Daim
28 Oktover 2012 - Sudut/Lorong PPDa SMK Temin telah dinilai di peringkat kebangsaan. SMK Temin merupakan 5 daripada 11 buah sekolah di seluruh negeri yang telah terpilih untuk dinilai bagi kategori Sudut/Lorong PPDa setelah penilaian melalui cetakan dijalankan.
 
 Tahniah kepada warga SMK Temin yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengurusan PPDa di sekolah. Kesungguhan S/U PPDa En. Omar Bin Aziz serta jawatankuasa telah membuahkan hasil. Sudut/Lorong PPDa di SMK Temin telah diwujudkan sejak tahun 2006 lagi. Sudut/Lorong PPDa amat penting diwujudkan di semua sekolah kerana ianya dapat memberi maklumat secara kekal kepada semua warga sekolah.Tahniah kepada Pegawai Khas PPDa Jerantut En. Muhammad Faiz bin Mahyudin yang berjaya memimpin SMK Temin dalam pengurusan PPDa.
 
Terima kasih juga kepada para hakim yang sudi berkongsi pengalaman dalam pengurusan Sudut/Lorong PPDa. "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".