Pada 20/5/2010, program bersama AADK Daerah Jerantut telah dijalankan di SK Kampung Baharu. Program ini dinamakan Program TUNAS, ia melibatkan murid-murid Pra sekolah berkenaan. Aktiviti yang dijalankan melibatkan aktiviti berbentuk permainan dan mewarna.
5/4/2010, Pegawai PPDa daerah diberi peluang untuk menyampaikan maklumat berkaitan pendidikan pencegahan dadah semasa olahraga Zon Damak dan seterusnya merasmikan acara tersebut di SK Bandar Jerantut.
Pada 23-25/3/2010 Pegawai PPDa turut diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Jurulatih Utama Sahabat PPDa Petronas Negeri Pahang di Pesona Academy Hostel, Pusat Dagangan Mahkota, Indera Mahkota Kuantan.
23-24/2/2010, Pemantauan sekolah -sekolah Ulu Tembeling diketui oleh Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut. Pemantauan tersebut melibatkan pegawai dari Unit Pengurusan Sekolah, Kaunselor, Unit Pembangunan, Unit Akademik dan Unit PPDa.