Isnin, 30 Julai 2012

Program Sayangi Diri Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) 16 JUN 2012



16 Jun 2012, Pusat Kokurikulum Pedah - Program ini telah berlangsung selama 4 hari tiga malam iantu bermula 13 - 16 Jun 2012. Program ini merupakan program kerjasama PPD Jerantut dengan AADK daerah. Tahniah diucapkan kepada Ketua Pegawai AADK serta semua pegawai yang berjaya melaksanakan kem dengan cemerlang.
 Tahniah juga buat En. Zainal selaku kem komanden dan En. Muhamad Faiz, Pegawai PPDa PPD Jerantut. Tidak lupa juga ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua jurulatih dan agensi yang terlibat. Begitu juga kepada pengetua dan guru pengiring yang memberi kerjasama padu dalam menjayakan kem ini.
 Pelajar merupakan golongan terbesar dalam kategori belia. Golongan pelajar merupakan golongan yang amat siginifikan dalam mencorakkan sesebuah negara dalam membentuk generasi dan kepimpinan akan datang. Bagi anak pelajar yang terlibat dengan kem ini, jati diri dan kesanggupan untuk berubah amat penting bagi memasitkan diri bebas dari ancaman dadah. Justeru, peranan pelajar sebagai agen perubahan masyarakat amat penting. agen perubahan dalam erti kata sebenar adalah merujuk kepada dari kegelapan kepada kecerahan, dari akhlak yang kurang baik kepada manusia yang beradap dan dari kurang ilmu kepada mereka yang mengangkat martabat ilmu.
Bersama Ketua Pegawai AADK, Pegawai PPDa & Penyelaras Program
Perserta bersedia untuk pemeriksaan barisan
Ucapan Perasmian Penutupan Kem En. Jamalrudin B. Samsudin (KU SPK PPD Jerantut)
Para pelajar didik dengan disiplin diri
Ketua kumpulan yang menerima hadiah aktiviti
Pegawai PPDa turut menerima cenderamata
Bersama barisan urusetia, jurulatih & perserta
Nyanyian Lagu Negara Ku
pendaftaran peserta
Guru yang terlibat(En Hanif).

Pegawai PPDa turut bersama memerhati pemeriksaan beg.
Pegawai PPDa turut menyampaikan ceramah motivasi

 Gelagat riang peserta

Aktiviti dalam kumpulan

Turut hadir Ketua Unit SPK En Jamalrudin Bin Samsudin, Ketua Pegawai AADK Jerantut dan Penyelia Kokurikulum PPD Jerantut (En Mohd Sharim)


 Bergambar selepas tamat majlis penutupan Shields 2012

ps: Tahniah Kepada Semua Yang Terlibat!

Selasa, 15 Mei 2012

GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA! SELAMAT HARI GURU


PPDa Jerantut mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua warga pendidik.

 Tema Hari Guru Tahun 2012. Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara.
 
SEMOGA DAPAT MELAKSANAKAN OBJEKTIF
  1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
  2. Menarik perhatian ibubapa, murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
  3. Memupuk perasaan perpaduan ikhtisas dan muhibah di antara guru.
  4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
  5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar-seminar, persidangan-persidangan, dan sebagainya yang diadakan pada Hari Guru.
  6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.

Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun Beranikan Terima Seruan
Mendidik, Memimpin Penuh Berwawasan
Menciptakan Kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

Sahutlah Cabaran, Perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku Tercinta

Kita Berbicara Tentang Inovasi
Ciptaan Baharu Gaya Hidup Kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada Pernah Jemu Tiada Putus Asa
Sedia Menimba Ilmu Di Mana Saja
Binalah Keyakinan
Merentasi Segala Halangan

  LOGO HARI GURU

logo

Putih : Menunjukkan kesucian, kesabaran, kesempurnaan dan keamanan.
Perak : Menunjukkan rakyat berbilang bangsa bersatu padu dan teguh.
Kuning: Sinaran cahaya yang cemerlang pada masa hadapan.Bulan dan bintang membawa erti yang terkandung dalam bendera Malaysia.
Merah : Menunjukkan keteguhan semangat.
Biru : Menunjukkan perpaduan muhibah.

Khamis, 10 Mei 2012

TAHNIAH SK PULAU MANSOK ! JOM LAWATI BLOG PPDa SK PULAU MANSOK

PPDa Jerantut mengucapkan tahniah kepada Guru PPDa Sk Pulau Mansok kerana berjaya mewujudkan blog ppda Sk Pulau Mansok.
 Sedikit paparan berkenaan blog Sk Pulau Mansok.









klik http://ppdaskpulaumansok.blogspot.com

TAHNIAH!!!

Selasa, 17 April 2012

PENILAIAN PERTANDINGAN SUDUT PPDA SK KUALA SAT PERINGKAT NEGERI PAHANG 2012


Penilaian sudut PPDa di SK Kuala Sat pada 4 April 2012


SK KUALA SAT MERUPAKAN SATU-SATUNYA SEKOLAH PENDALAMAN DI MALAYSIA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN SUDUT PPDa PADA KALI INI.
TAHNIAH DAN SYABAS DIUCAPAKAN KEPADA GURU BESAR, GPK, GURU PPDa , GURU-GURU, PIBG DAN SEMUA WARGA SEKOLAH KUALA SAT.

 MENGAMBIL MASA 2 JAM 10 MINIT UNTUK SAMPAI KE SK KUALA SAT DARI JETI KUALA TAHAN


  

 
DARI KIRI: EN ZAMZURI PEGAWAI PPDA RAUB, YM RAJA RADZI PPDA TEMERLOH, EN WAN SHAMSUL BAHRI GB SK KUALA SAT, EN MUHAMMAD FAIZ PPDA JERANTUT, EN SUHARI PPDA BENTONG

TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA WARGA SK KUALA SAT DIATAS PERSEDIAAN DAN JUGA KERJASAMA YANG SANGAT BAIK DITUNJUKKAN.
DIHARAPKAN MOMENTUM INI AKAN TERUS SUBUR DEMI MEMASTIKAN SEKOLAH BEBAS DADAH 2015.

Khamis, 29 Mac 2012

MAKLUMAN: MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KALI 1/2012 PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT


 

MESYUARAT PENGURUSAN
PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH KALI 1/2012
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT

                                                        TARIKH  :  30 MAC 2012
                                                   MASA    : 3.00 PETANG
                                                  TEMPAT : PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT

AGENDA:
1.0        UCAPAN KETUA UNIT SPK PPD JERANTUT
2.0        ANALISIS SENARAI SEMAK
3.0        SOAL SELIDIK POTENSI DIRI
3.1        ANALISIS POSITIF URIN
3.2        ANALISIS KLINIKAL
4.0        PELAPORAN PROGRAM SETIAP SEKOLAH
5.0        TAKWIM DAERAH
5.1        MINGGU ANTIDADAH
5.2        SLAD
5.3        PELAKSANAAN UJIAN URIN
5.4        PROKES
5.5        5 MINIT DALAM PERHIMPUNAN
5.6        PROSIDAR
5.7        NAFAS SEGAR
6.0        PERTANDINGAN BILIK SUMBER
6.1        IKUT ZON ( BANTUAN GURU SUMBER)
7.0        PROGRAM PEMANTAUAN
7.1        JPN
7.2        PPD
8.0        KES TANGKAPAN
8.1        MAKLUMKAN PADA PENGAWAS PPDA
8.2        TERANGKAN PROSUDER
9.0        SISTEM FAIL
9.1        ADA DAN DIPAMERKAN (FAIL INDUK PUTIH, FAIL SOKONGAN KULIT KERAS)
9.2        LAGU TEMA
9.3        PERKELILING


* SEMUA GURU PPDa DIWAJIBKAN HADIR.
*BAWA BERSAMA LAP TOP & PENDRIVE

Rabu, 14 Mac 2012

KANAK-KANAK UMUR 8 TAHUN KETAGIH ROKOK DUA KOTAK SEHARI


JAKARTA - Tabiat seorang kanak-kanak berumur lapan tahun merokok dua kotak sehari menjadi bukti kegagalan Indonesia dalam mengawal industri tembakau, menurut Pesuruhjaya Perlindungan Kanak-kanak, kelmarin.

Ini kerana, kerajaan tidak mengehadkan umur minimum untuk membeli rokok sehingga membolehkan budak dari sebuah kampung di daerah Sukabumi, Jawa Barat itu mula menghisap rokok seawal umur empat tahun.

“Dia enggan ke sekolah dan hanya bermain serta menghisap rokok sepanjang hari,” menurut bapanya.
 

Jumaat, 2 Mac 2012

PERUTUSAN Y. BHG. DATO' SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN 19 FEBRUARI 2012


Assalammualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.

1. Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun bagi mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan. Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, kita akan mengadakan sambutan ini bertujuan menunjukkan bahawa kita masih komited untuk meneruskan usaha memerangi gejala dadah daripada terus berleluasa. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu negara ini.

2. Justeru, sempena Hari Antidadah Kebangsaan ini, saya ingin mengajak semua warga pendidik bersama-sama memerangi penyalahgunaan dadah secara habis-habisan. Semoga usaha-usaha yang dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012 dan Negara Bebas Dadah Tahun 2015.

3. Bagi merealisasikan aspirasi murni ini, pihak pentadbiran sekolah, Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) dan Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) perlu memastikan semua sekolah di negara ini bebas dadah melalui pelaksanaan program-program bersifat pencegahan di peringkat sekolah, daerah dan negeri.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

4. Pada tahun 2012, visi KPM adalah ke arah sekolah bebas dadah. Oleh itu, KPM telah merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di peringkat sekolah di seluruh negara. Tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan melalui aktiviti-aktiviti kependidikan yang berfokus kepada pembinaan jati diri murid. Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbina disiplin kendiri yang kental dan utuh serta budi pekerti mulia dan terpuji dalam diri setiap murid.

5. Faktor utama yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah sangat bergantung kepada komitmen murid-murid sendiri. Komitmen murid menghayati segala nilai murni sepanjang berada di bangku sekolah merupakan benteng yang ampuh bagi memerangi najis dadah. Pelaksanaan aktiviti-aktiviti pendidikan bukan sahaja bermatlamat membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti yang disediakan.

6. KPM amat menyedari bahawa masalah penyalahgunaan dadah pada hari ini semakin rumit dan telah melibatkan semua peringkat umur termasuklah golongan remaja dan murid-murid sekolah. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.

7. Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua pihak mempergiat usaha secara berterusan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid. Saya percaya bahawa usaha-usaha tersebut mampu membimbing mereka untuk mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah. Pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid sekolah mempunyai kaitan rapat dengan usaha KPM untuk meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya, murid-murid hari ini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan yang perlu memiliki kualiti tinggi dalam aspek pemikiran analitik, kritis, kreatif dan seterusnya mampu membuat keputusan dan menyelesaikan pelbagai masalah.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

8. Walaupun KPM menetapkan visi ‘Sekolah Bebas Dadah Tahun 2012’ tetapi Perancangan Pendidikan Pencegahan Dadah Jangka Panjang terus dilaksanakan. Ini bermakna, pendidikan pencegahan dadah perlu diteruskan kerana saban hari dan setiap masa murid-murid kita akan sentiasa terdedah kepada gejala ini. Dalam hal ini, semua warga pendidikan perlu memainkan peranan masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah terlibat dengan dadah. Pengurus sekolah, perlu melihat gejala penyalahgunaan dadah sebagai perkara yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya. Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah mengganggu-gugat proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid-murid ketika di sekolah.

9. Matlamat aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang bahaya penyalahgunaan dadah. Aktiviti yang dilaksanakan di semua sekolah bagi memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Saya sedar tugas dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini amat berat dan mencabar. Oleh itu, penglibatan dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke semasa. Ini adalah kerana pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah amat memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan pelbagai agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia, Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan.

Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,

10. Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidikan agar sentiasa berusaha dan menyokong usaha kerajaan untuk menghapuskan gejala negatif ini. Semoga dengan kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini akan dapat memastikan generasi muda kita bebas daripada pengaruh dadah. Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara.

Sekian, terima kasih.