Selasa, 26 Oktober 2010

Sayembara Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan




SK Batu Balai, 27 Oktober 2010 - Merupakan pengelola bagi program Sayembara Puisi Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat Daerah. Pelajar, guru serta orang perseorangan mengambil bahagian dalam program ini. Pegawai PPDa turut diberi peluang untuk menyampaikan masej pendidikan pencegahan dadah melalui puisi. Tahniah kepada pemenang bagi kategori syair/gurindam/seloka, sajak, pantun dan pidato.
Syabas dan tahniah kepada warga SK Batu Balai di atas pengurusan program yang cemerlang.
Berarak mega ditiup bayu,
Seludang mayang gugur ke taman;
Bunga dipuja sebelum layu,
Jasa dikenang sepanjang zaman.

PANTUN PPDa
Daeng berburu si anak rusa,
Dapat kijang bebelang badan;
Berganding bahu satu Malaysia,
Dadah ditentang habis-habisan.
Wali berlayar ke Pulau Angsa,
Mencari ubat penawar kusta;
Jauhi dadah perosak bangsa,
Pasti berdaulat nusa tercinta.
SAJAK PPDa
BERSATU PERANGI DADAH
Bangsaku...
Bangsaku pewaris tanah air tercinta
Bangkitlah
Dengan penuh iltizam dan istiqamah
Perangi dadah durjana
Perosak bangsa, agama dan negara
Bangsaku...
Marilah sama kita membina
Kekuatan jasmani, emosi,rohani dan intelek
Bagi membentuk generasi
Cemerlang, gemilang dan terbilang
Bangsaku...
Kemajuan negara
Kemakmuran negara
Kemasyhuran negara
terletak di bahumu
Bangsaku...
Jangan dibiarkan tanah air tercinta
Terkulai layu
Tergadai tanpa maruah
Angkara dadah durjana
Bangsaku...
Binalah ikatan ukhwah
Jalinkan lingkaran perpaduan
Eratkan kesepakatan antara pelbagai bangsa
Dalam merealisasikan
Hasrat negara bebas dadah 2015
Nukilan : En Jamalrudin bin Hj. Samsudin
Pegawai PPDa, Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut

Tiada ulasan:

Catat Ulasan