Jumaat, 11 Februari 2011

Sahabat Baru PPDa

Selama tempoh tiga hari terkandas banjir di Segamat saya mendapat sahabat baru iaitu En. Tan dari PETRONAS Kuantan. En. Tan dan keluarga sebenarnya dalam perjalanan dari Kuantan menuju ke Melaka untuk menyambut Tahun Baru Cina. Namun hasrat untuk pulang awal ke Melaka tidak kesampaian. Kami sama-sama mendapat bantuan dari pihak Pasaraya Giant untuk meletakkan kenderaan di tempat yang selamat iaitu 'parking' bumbung Pasaraya Giant. Terima kasih kami ucapkan kepada Pasaraya Giant Segamat atas segala keperihatinan. Kami berasa terharu melihat keadaan rumah, bangunan kedai dan kenderaan ditenggelami air. Apabila air surut kami sepakat melalui jalan Segamat - Labis - Yong Peng setelah mendapat maklumat dari balai polis Labis dan Yong Peng. Kami sempat berehat di Hentian Pagoh untuk menikmati sarapan pagi sebelum menuju ke destinasi masing-masing.
Saya dan En. Tan (Sahabat PPDa - PETRONAS)
Menjamu selera bersama sahabat baru di Hentian PagohMeredah banjir menuju ke Yong Peng

Tiada ulasan:

Catat Ulasan