Isnin, 13 Ogos 2012

Program Bersama NGO Belia"Forum Belia Sayang Malaysia"


Unit Pendidikan Pencegahan Dadah, Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dengan kerjasama  GPMS Jerantut & Majlis Belia Daerah Jerantut telah mengadakan satu program forum patriotik "Kami Sayang Malaysia". Program telah diadakan pada 25.02.2012 (Sabtu) bertempat di Dewan SMK Damak. Dengan kehadiran peserta hampir 100 orang.

Program ini diadakan untuk meningkatkan rasa kecintaan para belia pada Malaysia, perbincangan merangkumi dari segi jati diri,ancaman masa kini, sumbangan kepada masyarakat dan juga negara. Pelbagai persoalan diutarakan dari para belia kepada ahli-ahli panel. Forum ini telah diketuai oleh Saudara Mohd Fasal b. Jamlus selaku Moderator, dan barisan panel adalah, Saudara Ahmad Shah b. Jamlus, Pengerusi GPMS Jeranut, Saudara Ahmad Nazlan b. Idris, Mantan Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Kawasan Jerantut , dan Saudara Muhammad Faiz b. Mahyuddin Pegawai dari Unit Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Jerantut.

Tiada ulasan:

Catat Komen