Khamis, 25 Oktober 2012

Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja

Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin, menyampaikan ceramah berkaitan Peranan Rakan Sebaya

Ketua Unit SPK, En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin menyampaikan ceramah berkaitan tajuk
 'Harga Diri'
Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin turut membimbing kumpulan
Perbincangan dalam kumpulan dibimbing oleh pegawai-pegawai dari
Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut
Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Positif dan
 Kesannya Kepada Kehidupan
Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Negatif dan
Kesanya Kepada Kehidupan
Pembentangan kumpulan berkaitan Kepentingan Harga Diri Dalam Kehidupan Pelajar
Seorang peserta memberi pandangan kepada pembentangan kumpulan
Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin, menyampaikan ceramah berkaitan Peranan Rakan Sebaya
 
22 Oktober 2012 - Unit Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah melaksanakan Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Sekolah Rendah selama dua hari (22-23/10/2012). Dalam program tersebut ketua Unit SPK diberi ruang untuk menyampaikan maklumat berkaitan 'Harga Diri'.Dalam tajuk ini pelajar diberi penjelasan agar mewujudkan rasa tanggung jawab dalam diri setiap ahli untuk meningkatkan harga diri. Selain dari itu pelajar diberi pengukuhan agar mempunyai harga diri yang tinggi bagi mencapai kejayaan dalam kehidupan.
 Harga Diri Merujuk KepadaNilai yang diletak oleh

 seseorang terhadap dirinya.
 Ia mempengaruhi pembentukan imej diri dan akhirnya

membentukHarga Diri” yang akan mempengaruhi

bentuk tingkah laku seseorang”.
Manakala Pegawai Khas PPDa, En Muhammad Faiz bin Mahyuddin memberi penekanan kepada Peranan Rakan Sebaya dalam kehidupan. Pelajar diberi kemahiran sebagai pembimbing rakan sebaya kerana ianya penting dimiliki oleh peserta sebagai persediaan untuk memainkan peranan membantu rakan-rakan di sekolah.

Tiada ulasan:

Catat Komen