Selasa, 10 Jun 2014
Selasa, 25 Mac 2014
DADAH TETAP MUSUH NO SATU NEGARA
Selasa, 25 Februari 2014
PELANCARAN SAMBUTAN MINGGU ANTIDADAH PERINGKAT DAERAH JERANTUT 2014
19 Febuari 2014, Sk Pulau Mansok: Pejabat Pendidikan Daerah Jerantut telah mengadakan Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Daerah Jerantut 2014. Unit PPDa PPD Jerantut mengucapkan syabas dan tahniah kepada tuan rumah SK Pulau Mansok kerana telah berjaya menguruskan sambutan Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Daerah Jerantut 2014. Syabas Dan Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam menjaya majlis sambutan yang cukup meriah ini.
En. Firdaus Bin Shuaib Timbalan PPD Jerantut telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Daerah Jerantut pada kali ini.
En. Firdaus Bin Shuaib Timbalan PPD Jerantut telah merasmikan Majlis Pelancaran Sambutan Minggu Antidadah Peringkat Daerah Jerantut pada kali ini.
Turut Hadir, Guru Besar SK Pedah En Wan Hamidon, En Muhammad Faiz Mahayudin Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Jerantut, YDP PIBG Sk Pulau Mansok En Basri
Persembahan pelajar
Bacaan Ikrar Pelajar Bebas Dadah
ucapan perasmian Tuan Timbalan PPD Jerantut
Gimik pelancaran
En Rashid Guru Besar Sk Pulau Mansok bersam Tuan Timbalan PPD Jerantut Sedang melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran.
En Rashid Guru Besar Sk Pulau Mansok bersam Tuan Timbalan PPD Jerantut Sedang melepaskan burung merpati sebagai gimik pelancaran.
Selasa, 11 Februari 2014
PERUTUSAN PENGARAH PENDIDIKAN PAHANG SEMPENA HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN TAHUN 2014
PERUTUSAN
SEMPENA
HARI ANTIDADAH KEBANGSAAN
19 FEBRUARI 2014
________________________________________________
Assalammualaikum
Warahmatullahi Wabarakatuh, Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia.
1.
Bersyukur
kita ke hadrat Allah S.W.T. kerana atas limpah kurnia-Nya maka dapat kita berhimpun
bagi mengadakan sambutan Hari Antidadah Peringkat Kebangsaan tahun 2014. Pada setiap tahun, tanggal 19 Februari, kita mengadakan sambutan ini
untuk menunjukkan bahawa kita sentiasa komited untuk meneruskan usaha memerangi
gejala dadah daripada terus berleluasa sama ada di dalam mahupun di luar
kawasan sekolah. Komitmen untuk membendung ancaman dadah ini perlu diteruskan bagi
memastikan bangsa dan negara kita bebas daripada ancaman musuh nombor satu
negara ini.
2.
Sempena Hari
Antidadah Kebangsaan ini, saya dengan penuh harapan ingin mengajak semua
warga pendidik bersama-sama menjayakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa)
di sekolah masing-masing. Program Pendidikan Pencegahan Dadah yang meliputi
pendidikan pencegahan dan intervensi bagi membebaskan warga sekolah bebas daripada
bahaya dadah, rokok, inhalan, alkohol dan HIV/AIDS. Semoga segala usaha yang
dilaksanakan oleh warga pendidik ini akan dapat merealisasikan agenda kerajaan iaitu
Negara
Bebas Dadah 2015.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
3.
Sesungguhnya
tindakan pencegahan dan membanteras penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid dilaksanakan
melalui aktiviti-aktiviti yang berfokus kepada pembinaan jati diri dan sahsiah murid.
Melalui aktiviti yang berfokus, diharapkan akan terbinalah disiplin kendiri
yang kental dan budi pekerti mulia serta terpuji dalam diri setiap murid. Semua
murid perlu diberikan pengetahuan mengenai bahaya dadah secara terancang dari
masa ke semasa. Ilmu pengetahuan mengenai bahaya dadah ini haruslah kekal di
dalam diri murid-murid bukan sahaja ketika di alam persekolahan tetapi juga
setelah tamat persekolahan.
4.
Faktor utama
yang menentukan kejayaan Program Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bergantung
kepada kerjasama dan komitmen semua pihak, guru-guru, ibu bapa dan murid-murid sendiri
termasuklah komuniti yang terlibat dengan sekolah. Pelaksanaan
aktiviti-aktiviti pendidikan pencegahan dadah bukan sahaja bermatlamat
membanteras penyalahgunaan dadah tetapi turut membuka peluang kepada murid-murid
untuk menonjolkan bakat dan potensi diri masing-masing melalui pelbagai aktiviti
yang disediakan.
5.
Ancaman
dadah kepada murid-murid merupakan satu cabaran yang perlu ditangani secara
bersungguh-sungguh demi melonjakkan sistem pendidikan negara ke arah negara
maju menjelang tahun 2020. Ini adalah selaras dengan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025, menerusi anjakan ke – 3 iaitu bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang menghayati nilai dan anjakan ke – 10 yang
memberi tumpuan kepada kemenjadian dan keberhasilan murid bagi memastikan
setiap murid mencapai potensi sepenuhnya.
6.
Perkara
yang amat membimbangkan Kementerian
Pendidikan Malaysia ialah apabila murid-murid tidak mendapat maklumat yang
tepat dan betul. Mereka akan mendapat maklumat yang salah daripada rakan sebaya
mereka
atau melalui pengaruh luar. Kajian yang dijalan oleh Unit PPDa, KPM
pada tahun 2013 di sekolah-sekolah seluruh negara mendapati masalah penagihan
rokok adalah masalah utama di sekolah-sekolah pada hari ini. Berdasarkan soal
selidik yang diedarkan, kepada seramai
34290 orang responden, 61peratus responden mengaku pernah merokok dan seramai 37 peratus daripada jumlah yang pernah merokok tersebut masih terlibat dengan penagihan rokok atau diklasifikasikan sebagai perokok tegar. Rokok yang dikenali sebagai ‘dadah pembuka jalan’ akan mencetuskan laluan ke arah penagihan dadah.
34290 orang responden, 61peratus responden mengaku pernah merokok dan seramai 37 peratus daripada jumlah yang pernah merokok tersebut masih terlibat dengan penagihan rokok atau diklasifikasikan sebagai perokok tegar. Rokok yang dikenali sebagai ‘dadah pembuka jalan’ akan mencetuskan laluan ke arah penagihan dadah.
7.
Masalah penyalahgunaan
dadah pada masa kini semakin rumit dan telah melibatkan semua peringkat umur.
Golongan remaja adalah sasaran utama para pengedar dadah yang sentiasa berusaha
untuk meraih keuntungan yang mudah dan berlipat ganda. Murid-murid sekolah tidak terkecuali dalam
agenda para pengedar dadah ini. Keadaan ini menjadi lebih serius disebabkan
pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Di
samping itu, kes-kes penyeludupan dan pengedaran dadah juga semakin berleluasa
seperti yang didedahkan dalam media massa. Keadaan ini menyebabkan murid
sekolah sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut
terlibat. Berdasarkan kepada data ujian urin pada tahun 2013, seramai 44,033 orang murid
sekolah menengah telah diuji. Keputusan daripada ujian urin tersebut, seramai 1,056
orang didapati positif ujian urin. Angka tersebut menunjukkan 2.40 peratus
daripada murid yang diuji telah terlibat mencuba dadah. Lebih membimbangkan 88
peratus daripada murid yang positif tersebut, terlibat mencuba dadah jenis sintetik.
Ini bermakna semua pihak perlu memainkan peranan secara bersungguh-sungguh
dalam usaha memerangi gejala ini daripada terus berleluasa dan bermaharajalela.
8.
Oleh yang demikian, saya menyeru agar semua pihak mempergiat
usaha secara berterusan dalam memberikan pendidikan pencegahan awalan kepada murid-murid.
Saya percaya bahawa usaha-usaha tersebut mampu membimbing mereka untuk mengelakkan
diri daripada terjebak dengan gejala penyalahgunaan dadah. Pencegahan penyalahgunaan dadah dalam kalangan murid
sekolah mempunyai kaitan rapat dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk
meningkatkan lagi taraf dan kualiti pendidikan. Sesungguhnya, murid-murid hari
ini adalah generasi pemimpin negara pada masa depan yang perlu memiliki kualiti
tinggi dalam aspek pemikiran analitik, kritis, kreatif dan seterusnya mampu
membuat keputusan dan menyelesaikan pelbagai masalah.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
9.
Semua warga pendidik perlu memainkan peranan
masing-masing untuk memastikan tidak ada seorang pun warga sekolah terlibat
dengan dadah. Pentadbir sekolah, perlu
melihat gejala penyalahgunaan dadah
sebagai perkara yang serius dan perlu sentiasa diberi perhatian. Sesungguhnya,
mencegah adalah lebih baik daripada mengubatinya.
10.
Kita tidak boleh membiarkan masalah dadah menggugat
proses pembelajaran, keselamatan dan kesejahteraan murid-murid ketika di
sekolah. Justeru, pihak sekolah perlu mengenal pasti tanda-tanda awal yang
boleh menjadi penyebab murid-murid terpengaruh dengan dadah. Gejala ponteng,
merokok, mengambil alkohol adalah tanda-tanda awal yang perlu dibenteras agar
murid-murid yang terlibat dapat dikawal dan tidak beralih kepada mencuba dadah
dan juga inhalan.
11.
Matlamat aktiviti
Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah bertujuan memberi pengetahuan, kesedaran
dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa tentang
bahaya penyalahgunaan dadah. Aktiviti yang dilaksanakan di semua sekolah bagi
memastikan warga sekolah berusaha menjauhi ancaman dadah. Saya
sedar tugas dan tanggungjawab memerangi masalah dadah ini amat berat dan
mencabar. Oleh itu, penglibatan
dan kerjasama daripada pelbagai agensi harus dipertingkatkan dari semasa ke
semasa. Ini adalah kerana pelaksanaan Pendidikan Pencegahan Dadah amat
memerlukan kerjasama yang bersepadu dengan pelbagai agensi seperti Agensi
Antidadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Saya
yakin dengan kerjasama daripada semua pihak agenda membebaskan sekolah daripada
ancaman dadah akan terus terlaksana dan sudah pasti murid-murid yang kita
bentuk di sekolah pada hari ini akan mampu mengguna pakai ilmu yang diperolehi ini
buat selama-lamanya walaupun setelah tamat alam persekolahan nanti.
Tuan-tuan/puan-puan dan murid-murid sekalian,
12.
Akhir kata, sekali lagi saya menyeru kepada semua warga pendidik dan
murid-murid agar sentiasa berusaha untuk mengekang pengaruh dadah di sekolah
dengan mengambil pendekatan pendidikan pencegahan dan pendidikan intervensi
secara serius serta terancang. Semoga
dengan kerjasama daripada semua pihak dalam memerangi penyalahgunaan dadah ini
akan dapat memastikan generasi muda kita bebas daripada pengaruh dadah.
Sesungguhnya, usaha yang kita laksanakan ini adalah untuk kebaikan dan
kesejahteraan keluarga, masyarakat dan negara sejajar dengan matlamat Negara
Bebas Dadah 2015.
Sekian, terima kasih.
Jumaat, 7 Februari 2014
Isnin, 27 Januari 2014
Khamis, 2 Januari 2014
Majlis Penyampaian Sumbangan Persekolahan 2014 Peringkat Negeri Pahang
![]() |
| Ceramah motivasi oleh Yang Diprtua GPMS Daerah Jerantut |
Pegawai PPDa(S/u GPMS Jerantut) bersama Pengerusi GPMS Pahang
Ahad, 30 Jun 2013
PPDa Jerantut Johan Blog PPDa Peringkat Negeri Pahang & Sudut PPDa PPD
Tahniah
kepada En. Muhammad Faiz Mahayudin Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah diatas anugerah PPDa Jerantut yang dinobatkan Johan bagi kategori Blog Spot PPDa
dan tempat Ke-3 bagi kategori Sudut PPDa di PPD.
Tahniah juga buat Pn.
Rosma Md. Taha, Pengetua SMK Temin Jerantut kerana dinobatkan Pengurusan
Terbaik bagi kategori sekolah menengah.
Begitu juga buat Tn. Hj.
Azmi Pengetua SMK Jengka 24 Jerantut yang dinobatkan tempat Ke-3 bagi
kategori Sudut PPDa sekolah menengah.
Johan Blog PPDa Peringkat Negeri Pahang & Ketiga Sudut PPDa
![]() |
| KU SPK PPD Jerantut En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin tumpang gembira atas kejayaan PPDa. |
KAYUHAN PENDETA (BERBASIKAL) SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU 2013
![]() |
| Penyelia Kokurikulum . |
Ahad, 16 Jun 2013
Selasa, 28 Mei 2013
Pemantauan Persediaan Pertandingan Bilik Sumber PPDa di SK Langar Pekan
23 Mei 2013 - Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah PPD Jerantut telah mengadakan lawatan dan pemantauan persediaan pertandingan Bilik Sumber PPDa Peringkat Kebangsaan 2013 bertempat di Sk Langgar, Pekan Pahang.
Tahniah diucapkan kepada PKD Pekan Dan Warga Sk Langgar kerana mewakili negeri Pahang didalam pertandingan Bilik Sumber PPDa Kategori Sekolah Rendah Peringkat Kebangsaan 2013.
Pegawai PPDa PPD Jerantut Bersama Guiru Besar SK Langgar
Menyemak dan berkongsi pandangan
Ahad, 26 Mei 2013
Isnin, 11 Mac 2013
Penilaian Pertandingan Sudut Sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang 2013
Cameron Higlands- Pada 8 Mac 2013, Pegawai Khas Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut, En. Muhammad Faiz Bin Mahayudin telah membuat pemantauan penilaian pertandingan sudut sumber PPDa Peringkat Negeri Pahang.
Bergambar Bersama Warga SJKC(T) Shum Yip Leong
Pegawai PPDa Jerantut Bersama murid SJKC T Shum Yip Leong
bersama barisan panel PKD Maran, Jerantut, Bera, Kuantan, Maran
Isnin, 26 November 2012
TAHNIAH SMK TEMIN KE PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN SUDUT/LORONG SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN
| Kenangan bersama barisan hakim yang diketuai oleh En. Salim bin Daim |
28 Oktover 2012 - Sudut/Lorong PPDa SMK
Temin telah dinilai di peringkat kebangsaan. SMK Temin merupakan 5
daripada 11 buah sekolah di seluruh negeri yang telah terpilih untuk
dinilai bagi kategori Sudut/Lorong PPDa setelah penilaian melalui
cetakan dijalankan.
Tahniah kepada warga SMK Temin yang telah
menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengurusan PPDa di sekolah.
Kesungguhan S/U PPDa En. Omar Bin Aziz serta jawatankuasa telah
membuahkan hasil. Sudut/Lorong PPDa di SMK Temin telah diwujudkan sejak
tahun 2006 lagi. Sudut/Lorong PPDa amat penting diwujudkan di semua
sekolah kerana ianya dapat memberi maklumat secara kekal kepada semua
warga sekolah.Tahniah kepada Pegawai Khas PPDa Jerantut En. Muhammad
Faiz bin Mahyudin yang berjaya memimpin SMK Temin dalam pengurusan PPDa.
Terima kasih juga kepada para hakim yang
sudi berkongsi pengalaman dalam pengurusan Sudut/Lorong PPDa. "Sekolah
Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".
Khamis, 25 Oktober 2012
Program Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja
| Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin, menyampaikan ceramah berkaitan Peranan Rakan Sebaya |
| Ketua Unit SPK, En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin menyampaikan ceramah berkaitan tajuk 'Harga Diri' |
| Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin turut membimbing kumpulan |
| Perbincangan dalam kumpulan dibimbing oleh pegawai-pegawai dari Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut |
| Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Positif dan Kesannya Kepada Kehidupan |
| Pembentangan kumpulan berkaitan Ciri-Ciri Harga Diri Yang Negatif dan Kesanya Kepada Kehidupan |
| Pembentangan kumpulan berkaitan Kepentingan Harga Diri Dalam Kehidupan Pelajar |
| Seorang peserta memberi pandangan kepada pembentangan kumpulan |
| Pegawai Khas PPDa En. Muhammad Faiz bin Mahyuddin, menyampaikan ceramah berkaitan Peranan Rakan Sebaya |
22 Oktober 2012 - Unit
Pendidikan Pencegahan Dadah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut dengan
kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah melaksanakan Program
Sihat Tanpa AIDS Untuk Remaja Sekolah Rendah selama dua hari
(22-23/10/2012). Dalam program tersebut ketua Unit SPK diberi ruang
untuk menyampaikan maklumat berkaitan 'Harga Diri'.Dalam tajuk ini
pelajar diberi penjelasan agar mewujudkan rasa tanggung jawab dalam diri
setiap ahli untuk meningkatkan harga diri. Selain dari itu pelajar
diberi pengukuhan agar mempunyai harga diri yang tinggi bagi mencapai
kejayaan dalam kehidupan.
Harga Diri Merujuk Kepada “Nilai yang diletak oleh
seseorang terhadap dirinya.
seseorang terhadap dirinya.
Ia mempengaruhi pembentukan imej diri dan akhirnya
membentuk “Harga Diri” yang akan mempengaruhi
bentuk tingkah laku seseorang”.
membentuk “Harga Diri” yang akan mempengaruhi
bentuk tingkah laku seseorang”.
Manakala Pegawai Khas PPDa, En Muhammad
Faiz bin Mahyuddin memberi penekanan kepada Peranan Rakan Sebaya dalam
kehidupan. Pelajar diberi kemahiran sebagai pembimbing rakan sebaya
kerana ianya penting dimiliki oleh peserta sebagai persediaan untuk
memainkan peranan membantu rakan-rakan di sekolah.
Langgan:
Catatan (Atom)

























