Ahad, 20 Mac 2011

Selamat Kembali ke Sekolah

Setelah seminggu menikmati cuti persekolahan oleh anak-anak pelajar, kini kita teruskan semula visi untuk kecemerlangan. Bila sebut sahaja pasal kecemerlangan banyak buku yang telah ditulis berkaitan dengan ini. Saya cuba petik beberapa perkara yang ditulis oleh Hasan Mohd Ali melalui bukunya yang bertajuk Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang. Perkara pertama yang perlu ada pada seorang pelajar adalah matlamat. Setiap pelajar perlu mempunyai matlamat yang jelas dalam menentukan kejayaan yang diingini. Untuk mencapai matlamat sudah tentunya memerlukan perancangan yang sistematik. Perancangan secara berdadual dan sistematik memudahkan anak pelajar menguruskan diri. Pelajar yang mempunyai pengurusan diri yang baik mempunyai satu persiapan awal yang sempurna dalam setiap gerak kerja mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
Ingatlah anak pelajar kecemerlangan yang diimpikan bukan sekadar cemerlang dalam akademik sahja, malah kecemerlangan akhlak juga perlu diberi keutamaan. Ini amat penting agar kita tidak terjerumus dalam perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara.

Sabtu, 19 Mac 2011

Tahniah Buat PPDa Maran




























PPDa Jerantut mengucapkan tahniah kepada PPDa Maran En. Mohd Jasmin bin Jaafar yang telah dilantik sebagai Penolong PPD Unit Kualiti di PPD Maran mulai 31 Disember 2010. Diharapkan pengalaman dalam mengurus PPDa dapat membantu tuan dalam meneruskan kecemerlangan pengurusan.

Selasa, 15 Mac 2011

Jumaat, 11 Mac 2011

Tahniah PPDa Pahang

PPDa Jerantut telah menerima surat ucapan terima kasih atas sokongan dan pengurusan PPDa yang cemerlang dari Jabatan Pelajaran Pahang. Berdasarkan surat tersebut jelaslah bahawa PPDa Pahang telah diiktiraf oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. PPDa Jabatan Pelajaran Pahang telah diiktiraf sebagai Pengurusan PPDa terbaik di Malaysia. Tahniah buat Ketua Unit PPDa JPN Pahang (En. Lah), Penolong Pengarah PPDa (En. Wan Azan) dan Penyelia Kanan PPDa (En. Din).
Pengurusan yang sistematik membolehkan kami di daerah bekerja dalam keadaan seronok.

Rabu, 9 Mac 2011

Pemantauan PPDa di SMK PPP Tun Razak

9 Mac 2011 - Pemantauan pengurusan PPDa di SMK PPP Tun Razak telah dijalankan oleh PPDa Jerantut. Tahniah kepada pengetua dan warga sekolah yang memperlihatkan pengurusan yang cemerlang dalam semua aspek. SMK PPP Tun Razak merupakan Naib Johan Kebangsaan kategori sudut/lorong PPDa Sekolah menengah tahun 2008. Thaniah dan syabas kerana sehingga ke saat ini masih mengekalkan sudut/lorong PPDa. Kerjasama dan sokongan warga sekolah dalam program PPDa amat dihargai. Terima kasih kerana memberi tumpuan dalam program PPDa di sekolah.
Ini selaras dengan visi sekolah "One Family, One Vision, One Goal". Semoga SMK PPP Tun Razak menjadi sekolah yang cemerlang di Malaysia.
Pengetua SMK PPP Tun Razak
Sebahagian sijil kejayaan SMK PPP Tun Razak dalam pelbagai bidang

Keratan akhbar yang menunjukkan kejayaan SMK PPP Tun Razak


Lorong/sudut PPDa yang ceria



Sahabat PPDa PPD Perak Tengah

Jammauddin & Jamalrudin

Jerantut - 4 Mac 2011 PPDa Jerantut telah bertemu dengan sahabat PPDa dari PPD Perak Tengah di bandar Jerantut. Pertemuan ini secara tidak dirancang apabila mendapat berita ada pegawai dari PPD Perak Tengah datang ke Jerantut. Tahniah kepada sahabat kerana sekarang bertugas sebagai Pengawai Hal Ehwal Murid di PPD Perak Tengah. Terima kasih kerana sudi datang ke Jerantut yang dikenali Bandar Taman Negara.