Setelah seminggu menikmati cuti persekolahan oleh anak-anak pelajar, kini kita teruskan semula visi untuk kecemerlangan. Bila sebut sahaja pasal kecemerlangan banyak buku yang telah ditulis berkaitan dengan ini. Saya cuba petik beberapa perkara yang ditulis oleh Hasan Mohd Ali melalui bukunya yang bertajuk Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang. Perkara pertama yang perlu ada pada seorang pelajar adalah matlamat. Setiap pelajar perlu mempunyai matlamat yang jelas dalam menentukan kejayaan yang diingini. Untuk mencapai matlamat sudah tentunya memerlukan perancangan yang sistematik. Perancangan secara berdadual dan sistematik memudahkan anak pelajar menguruskan diri. Pelajar yang mempunyai pengurusan diri yang baik mempunyai satu persiapan awal yang sempurna dalam setiap gerak kerja mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
Ingatlah anak pelajar kecemerlangan yang diimpikan bukan sekadar cemerlang dalam akademik sahja, malah kecemerlangan akhlak juga perlu diberi keutamaan. Ini amat penting agar kita tidak terjerumus dalam perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan