Isnin, 25 April 2011

Program Orientasi Sahabat PPDa Petronas Negeri Pahang

Cameron Highlands, 21 April 2011 - Program Orentasi Sahabat PPDa Petronas Sekolah Menengah Negeri Pahang telah dijalankan di SMK Sultan Ahmad Shah. Saya telah diberi tanggungjawab untuk memberi taklimat perjalanan program. Kesempatan ini juga saya diberi peluang untuk menyampaikan ceramah berkaitan Apa itu Sahabat PPDa Petronas?





















Ahad, 17 April 2011

Dadah Masih Musuh Utama Negara

Petikan Sinar Harian : Ahad 17 April 2011 Ibu bapa sering berasa bimbang dan takut, kalau-kalau anak remaja lelaki mereka terlibat dengan merokok dan kemudian terlibat dengan penagihan dadah. Manakala kalau anak remaja perempuan, mereka takut terlibat dengan pergaulan bebas,merokok, penagihan dadah dan seks bebas. Justeru itu, selaku ibu bapa kita sama-samalah : 1. Ambil berat/tahu. 1.1 Keperluan anak-anak 1.2 Perkembangan anak-anak 1.3 Akhlak anak-anak 1.4 Pergerakan anak-anak 2. Beri perhatian/kasih sayang kepada anak-anak. Mendidik dengan cinta dan kasih sayang berbeza dengan sumpah seranah dan maki hamun. Kasih sayang akan memberi semangat dan pemborong dalam menghadapi kerenah dan perangai anak-anak. 3. Melentur anak-anak sejak kecil. Pepatah melayu mengatakan "MELENTUR BULUH BIARLAH DARI REBUNGNYA" 4. Memperuntukkan masa bersama anak-anak. Perlu pengorbanan dari ibu bapa untuk mengurskan masa supaya dapat bersama anak-anak.

Khamis, 31 Mac 2011

Perasmian Minggu Antidadah

Kenangan bersama-sama PIBG SK Bukit Nikmat















Menerima cenderamata sebagai tanda majlis pelancaran
Persembahan murid Prasekolah
















Lawatan ke Laman PPDa

Penilaian Sudut PPDa setiap kelas

SK Bukit Nikmat, 31 Mac 2011 - Tahniah kerana berjaya mengadakan Pelancaran Minggu Antidadah peringkat sekolah pada hari ini. Majlis tersebut turut dihadiri oleh YDP PIBG bersama AJK PIBG. Tahniah kepada pimpinan PIBG yang memberi sokongan kepada program PPDa di sekolah.

Terima kasih kepada pihak pengurusan sekolah kerana menjemput saya untuk menyempurnakan majlis pelancaran minggu antidadah yang bertemakan 1Malaysia Membanteras Dadah. Sebelum majlis perasmian saya sempat membuat penilaian sudut PPDa di setiap kelas termasuk Prasekolah. Begitu juga saya sempat melihat lorong PPDa yang dihasilkan oleh Setiausaha PPDa bersama Jawatankuasanya. Hasil penilaian pada keseluruhanya amat memuaskan, tahniah buat Setiausaha PPDa, Jawatankuasa PPDa, guru kelas dan murid-murid yang terlibat.

Sebaik sahaja selesai majlis perasmian, anak-anak Prasekolah membuat persembahan dan diikuti oleh persembahan dari murid-murid yang lain. Tahniah dan syabas buat warga SK Bukit Nikmat. Diharapkan Setiausaha PPDa sekolah dapat meneruskan aktiviti agar matlamat "Sekolah Bebas Dadah 2012" dapat dicapai.

Ahad, 20 Mac 2011

Selamat Kembali ke Sekolah

Setelah seminggu menikmati cuti persekolahan oleh anak-anak pelajar, kini kita teruskan semula visi untuk kecemerlangan. Bila sebut sahaja pasal kecemerlangan banyak buku yang telah ditulis berkaitan dengan ini. Saya cuba petik beberapa perkara yang ditulis oleh Hasan Mohd Ali melalui bukunya yang bertajuk Teknik Menjadi Pelajar Cemerlang. Perkara pertama yang perlu ada pada seorang pelajar adalah matlamat. Setiap pelajar perlu mempunyai matlamat yang jelas dalam menentukan kejayaan yang diingini. Untuk mencapai matlamat sudah tentunya memerlukan perancangan yang sistematik. Perancangan secara berdadual dan sistematik memudahkan anak pelajar menguruskan diri. Pelajar yang mempunyai pengurusan diri yang baik mempunyai satu persiapan awal yang sempurna dalam setiap gerak kerja mencapai kecemerlangan yang diimpikan.
Ingatlah anak pelajar kecemerlangan yang diimpikan bukan sekadar cemerlang dalam akademik sahja, malah kecemerlangan akhlak juga perlu diberi keutamaan. Ini amat penting agar kita tidak terjerumus dalam perkara-perkara yang merosakkan diri sendiri, agama, bangsa dan negara.