Rabu, 26 Januari 2011

PPDa 2011




KUANTAN 24 Januari - Satu mesyuarat perancangan PPDa peringkat negeri Pahang telah diadakan di Jabatan Pelajaran Negeri Pahang. Mesyuarat ini amat penting kerana ia melibatkan perancangan aktiviti di peringkat daerah.Berdasarkan mesyuarat PPDa daerah perlu memberi tumpuan kepada 5 teras:-
1. Pendidikan Pencegahan Rokok
2. Pendidikan Pencegahan Dadah
3. Pendidikan Pencegahan Inhalan
4. Pendidikan Pencegahan Arak/Alkohol
5. Pendidikan Pencegahan HIV/AIDS (Gejala Sosial)

PPDa daerah perlu menjalinkan kerjasama dengan pelbagai agensi yang lain bagi memantapkan pelaksanaan program.Antaranya PPDa daerah perlu berhubung dengan Pejabat Kesihatan Daerah bagi menjalankan Program Antimerokok dan Program Kesedaran HIV/AIDS.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan