Jumaat, 21 Januari 2011

Timbalan Menteri Pelajaran Melawat Sudut PPDa

Jerantut 19-21 Januari 2011 - YB DR. HJ. MOHD PUAD BIN ZARKASHI, Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia telah mengadakan Lawatan Kerja Rasmi ke sekolah pedalaman daerah Jerantut. Lawatan kerja tersebut bermula dengan perjumpan dengan Pengetua, Guru Besar, PIBG dan Kepimimpin Masyarakat di Dewan Majlis Daerah Jerantut pada 19 Januari 2011. Pada 20 Januarai 2011, Lawatan Kerja bermula di SK Kuala Tahan kemudian ke SK Kg. Pagi bagi Perasmian Bangunan Tambahan . Di SK Ulu Tembeling Pelancaran Kembara Buku dan Buku "Guru Novis" telah dilancarkan. Lawatan Kerja seterusnya ke SK Gusai dan SK Bukit Mat Daling. Majlis Dialog bersama warga Kg. Bukit Mat Daling telah diadakan di SK Bukit Mat Daling. Pada 21 Januari 2011, lawatan kerja dimulai dengan SK Kuala Sat. Timbalan Menteri Pelajaran berkesempatan mengadakan lawatan ke Sudut PPDa SK Kuala Sat. SMK JPSHAS merupakan sekolah terakhir dalam siri lawatakn kerja rasmi. Di sini majlis Perasmian Program Motivasi dan Khidmat Bantu Akademik dijalankan. Kehadiran Timbalan Menteri Pelajaran menjadi pembakar semangat dalam memajukan pendidikan di sekolah pedalaman Daerah Jerantut.
Mengabadikan tandatangan di Sudut PPDa Sk Kuala Sat
Kenangan Bersama Timbalan Menteri Pelajaran di Sudut PPDa SK Kuala Sat

Mengiringi Timbalan Menteri Pelajaran di SK Kuala Sat



Tiada ulasan:

Catat Ulasan