Rabu, 26 Januari 2011

PPDa dan AADK Berganding Bahu




KUANTAN 25 Januari - Satu mesyuarat permaufakatan antara PPDa dengan AADK Negeri Pahang telah diadakan di Pejabat AADK Negeri Pahang. Kerajasama yang terjalin sekian lama diharapkan dapat memberi impak yang baik kepada program pendidikan pencegahan dadah. Ini kerana kita semua tahu, mencegah adalah lebih baik dari mengubati. Antara program yang perlu dijalankan bersama antaranya Pelancaran Minggu Antidadah, Program Intervensi Pelajar dan lain-lain yang bersesuaian. Mesyuarat ini melibatkan semua Pegawai PPDa negeri dan daerah bersama dengan AADK negeri serta AADK daerah seluruh negeri Pahang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan