Isnin, 27 Disember 2010

Selamat Menyambut Tahun 2011

Selamat menyambut tahun 2011. Semoga tahun 2011 memberi sinar kecemerlangan dan kejayaan kepada kita dalam meneruskan kehidupan. Mantapkan visi kita bagi mejayakan Visi PPDa "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".

Khamis, 23 Disember 2010

Tahniah Dan Terima Kasih Pengetua & Guru Besar




Gambar Semasa Mesyuarat Pengurusan Pengetua Dan Guru Besar Daerah Jerantut

21-23 Disember 2010 di KL International Hotel


Unit PPDa Jerantut merakamkan ucapan terima kasih kepada pengurusan sekolah kerana telah menjalankan aktiviti PPDa di peringkat sekolah :

1. Minggu Antidadah
2. Bilik/Sudut PPDa
3. Info PPDa Semasa Perhimpunan
4. Ujian Urin/Soal Selidik
5. Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR)
6. Ceramah Dan Pameran

Jumaat, 10 Disember 2010

Selamat Bersara Dato' Pengarah Pelajaran Pahang





Selamat bersara kepada Dato'Haji Abdul Aziz bin Haji Abdul Latiff, Pengarah Pelajaran Negeri Pahang.PPDa Jerantut merakamkan jutaan terima kasih atas sokongan Dato' kepada program PPDa.

GAMBAR KENANGAN BERSAMA DATO' HAJI ABDUL AZIZ BIN HAJI ABDUL LATIFF PENGARAH PELAJARAN NEGERI PAHANG

Tahniah buat PPDa Pahang

Kuantan: 8 November 2010 - Tahniah atas kejayaan Unit PPDa Jabatan Pelajaran Negeri Pahang kerana dianugerahkan Johan Sistem Star Rating (SSR) dan Anugerah Inovasi - Sistem MP2U (Manual Soal Selidik Potensi Murid) sempena Hari Inovasi dan Kualiti JPN Pahang. Semua rakan PPDa mengucapkan tahniah dan syabas atas kejayaan ini.

Jumaat, 3 Disember 2010

Slamat Menyambut Maal Hijrah

Selamat menyambut tahun baru 1432 Hijrah, 1 Muharram bersamaan 7 Dis 2010, semoga dilimpahi dengan kebaikan dan keberkatan, semoga dihindarkan dari segala musibah dan kesusahan, semoga menjadi tahun yang lebih baik dari tahun sebelumnya.


1 Muharam detik permulaan
Perkiraan tahun Islam Hijrah
Perpindahan Nabi dan umat Islam
Dari Kota Mekkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum muhajirin dan ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Ma'al Hijrah
Tingkatkan semangat
Kibarkan Syiar Islam
Untuk sepanjang zaman....

Khamis, 4 November 2010

Pegawai Penilai Bilik / Sudut PPDa Negeri Pahang


Kategori Bilik Sumber PPDa
En. Abdullah Sani bin Hj. Abdul Rahman (Ketua Unit PPDa - JPNP)
En. Wan Muhamad Azan bin Wan Jaafar (Penolong Pengarah Unit PPDa - JPNP)
Kategori Sudut Sumber PPDa
En. Jamalrudin bin Hj. Samsudin (Pegawai PPDa Jerantut)
En. Hussaini bin Hj. Ibrahim (Pegawai PPDa Kuala Lipis)

Penilaian Sudut Sumber PPDa Negeri Pahang

SMK Temerloh Jaya, Temerloh - 3 November 2010





Penilaian Sudut Sumber PPDa Negeri Pahang

SMK Teknik, Bentong - 3 November 2010





Penilaian Sudut Sumber PPDa Negeri Pahang

SK Karak, Bentong - 3 November 2010



Penilaian Sudut Sumber PPDa Negeri Pahang

SMK (P) Methodist, Raub - 2 November 2010





Penilaian Sudut Sumber PPDa Negeri Pahang

SK Tanjung Raja, Raub - 2 November 2010




Isnin, 1 November 2010

Program Antirokok
















SMK Inderapura 29 Oktober 2010 - Sekali lagi PPDa bekerjasama dengan Pejabat Kesihatan Daerah Jerantut telah menjalankan program antirokok. Program ini melibatkan pelajar tingkatan 1, 2 dan 3. Tujuan utama program ini adalah untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang bahaya rokok.