Pengurusan PPDa

VISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
"SEKOLAH BEBAS DADAH 2012"

MISI PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat daripada sebarang ancaman najis dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang berkesan dalam memastikan murid bebas daripada pengaruh dadah.

MATLAMAT PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
Matlamat pelaksanaan pendidikan pencegahan dadah di sekolah adalah untuk memberi pengetahuan dan kemahiran kepada murid, guru dan ibu bapa supaya menjauhi najis dadah bagi merealisasikan hasrat menjadikan sekolah bebas daripada ancaman dadah menjelang tahun 2012.
OBJEKTIF PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
q  Meningkatkan pengetahuan,kefahaman dan kemahiran pendidikan pencegahan dadah dalam kalangan murid,guru dan ibu bapa.
q  Membina ketahanan dan jati diri tinggi dalam kalangan murid dari sudut fizikal, emosi, mental dan rohani.
q  Membolehkan murid mengamalkan gaya hidup sihat dan bertingkah laku positif serta mengamalkan nilai-nilai murni.
q  Memastikan program pendidikan pencegahan dadah dijayakan secara bersepadu melibatkan PIBG, agensi kerajaan terlibat dan badan bukan kerajaan berkaitan. 

FOKUS STRATEGIK PENDIDIKAN PENCEGAHAN DADAH
1.    PENCEGAHAN
2.    BIMBINGAN & PEMULIHAN
3.    PEMBANGUNAN SUMBER
4.    PENERBITAN & PUBLISITI
5.    PENYELIDIKAN & PENILAIAN
6.    PEMUAFAKATAN & PENYELARASAN

1.0 Pencegahan
Pencegahan merupakan strategi jangka panjang yang bertujuan melindungi murid daripada terlibat dengan dadah. Murid perlu diberi pengetahuan, kesedaran dan kemahiran yang boleh mencegahnya daripada pengaruh dadah. Strategi pencegahan juga memberi penekanan kepada usaha membangun modal insan yang mempunyai kekuatan dan jati diri dalam pencegahan dadah. Bagi tahun 2010, fokus pendidikan pencegahan awalan adalah kepada usaha mencegah dan memulih pelajar-pelajar yang terlibat dengan ketagihan rokok dan pencegahan kepada arak serta inhalan.
1.1       PROSIDAR ( Program Sifar Dadah Sekolah Rendah )
Memberi pendedahan dan memastikan semua sekolah rendah melaksanakan Modul PROSIDAR kepada murid-murid.
Kandungan kimia beracun, kesan dan akibat kepada ketagihan rokok,arak dan inhalan didedahkan kepada murid melalui sisipan dalam P & P Mata Pelajaran PJK dan Pendidikan Moral.


1.2       Bilik Sumber / Sudut PPDa di sekolah.
·         Bilangan sekolah yang mewujudkan bilik / sudut sumber PPDa dipertingkatkan.
·         Pengurusan khidmat PPDa di sekolah dikemas kini dan ditambah nilai.
·         Pertandingan Pengurusan bilik / sudut sumber PPDa diperluaskan di peringkat daerah dan diteruskan di peringkat negeri.
·         Sudut pencegahan ”Dadah Pembuka Jalan” dikemaskini dan ditambahnilai.

1.3       Mesej Antidadah Dalam Perhimpunan Pagi Di Sekolah
·         Pergerakan PKD dan Guru PPDa ( G7 ) ke sekolah-sekolah bagi menyampaikan mesej antidadah akan dijadualkan.
·         Murid-murid berpotensi diberi lebih peluang menyampaikan mesej
antidadah secara kreatif di dalam perhimpunan pagi.
·        Pencegahan rokok,arak dan inhalan  dijadikan subjek dalam penyampaian mesej.

1.4       Program PPDa di Asrama Sekolah.
·         Pelaksanaan Program PPDa di asrama sekolah dipertingkatkan dengan mewujudkan sudut sumber PPDa di tempat strategik.
·        Ceramah / Mesej Antidadah dilaksana secara berterusan dan dimasukkan dalam kalendar perancangan aktiviti asrama sekolah.



1.5       Sisipan Mesej PPDa dalam aktiviti ko-kurikulum.
·         Mesej antidadah juga disisipkan dalam program / aktiviti ko-kurikulum yang sesuai bagi menyebarluas maklumat PPDa  kepada semua murid.

1.6       Program INTIM
·       Mesyuarat penyelarasan program INTIM bersama PPD, AADK, Polis dan sekolah berkenaan dilaksanakan bagi tujuan penyelarasan program.

·         Latihan Kejurulatihan perlu diperluaskan kepada guru-guru INTIM    yang baru.

·         Kem INTIM dicadangkan pelaksanaan diperingkat daerah dan  negeri bagi memberi lebih peluang penyertaan kepada pelajar.

2.0       Bimbingan dan Pemulihan
Strategi ini memberi perhatian kepada murid yang berisiko dan dikesan menjadi perokok tegar dan menyalahguna bahan-bahan terlarang yang lain. Murid dalam kategori tersebut perlu melalui proses kaunseling,bimbingan dan pemantauan yang berterusan supaya tidak terus terlibat dengan tabiat negatif tersebut. Kaunseling individu,kelompok dan keluarga secara berterusan akan mencegah tabiat ketagihan tersebut bagi mengelak murid terlibat dengan ketagihan dadah yang lebih berat seterusnya berupaya mengamalkan gaya hidup sihat.


                        2.1       Program Ujian Urin Pelajar & Soal Selidik Potensi Diri Murid
·         Bilangan murid dan sekolah yang menjalankan program ini dipertingkatkan.
·         Soal-selidik melibatkan murid diuji dijalankan bagi mengenalpasti corak tingkahlaku murid yang terlibat mencuba dadah.
·         Berasaskan dapdatan soal-selidik di atas  proses bimbingan dan  kaunseling PPDa dikemaskini dan dipantau.
·         Program intervensi diperluas kepada kumpulan sasaran lain termasuk murid berisiko lelaki dan perempuan.

2.2       Program PIP
   
§ Program PIP dilaksanakan selepas selesai ujian urin peringkat daerah  manakala fokas pengisian perlu diberi penekanan kepada aspek  kerohanian.
      • Program intervensi diperluas kepada kumpulan sasaran lain  di peringkat daerah termasuk murid berisiko lelaki dan perempuan.

2.3       Klinik Berhenti Merokok
·         Pihak sekolah disarankan membimbing murid-murid yang menjadi  perokok tegar meninggalkan tabiat tersebut.

·         Program Klinik Berhenti Merokok yang dilaksanakan di SMK Maran 2, Maran boleh dijadikan panduan dan rujukan dalam pelaksanaan  program tersebut.
3.0       Pembangunan Sumber
Keberkesanan pelaksanaan program PPDa di semua peringkat berkait rapat dengan kesediaan sumber tenaga manusia yang mencukupi,mahir dan terlatih. Latihan lanjutan dalam pelbagai disiplin adalah perlu dalam menentukan keberkesanan pengurusan dan kemajuan sumber tenaga manusia.        
3.1       Latihan Kejurulatihan PROSIDAR
·    Memastikan guru-guru di semua daerah mendapat pendedahan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran  menggunakan Modul PROSDAR di sekolah rendah.

3.2      Seminar/Kursus Guru-guru PPDa
·         Penganjuran seminar atau kursus di peringkat daerah bagi  memberi input terkini berkaitan dengan pendidikan pencegahan.

3.5       Seminar PIBG
·     Seminar perlu berfokas kepada penyampaian maklumat terkini kepada ibu bapa khususnya AJK PIBG mengenai peranan dan tanggungjawab dalam membantu pihak sekolah melaksanakan program pencegahan di sekolah.

4.0       Penerbitan dan Publisiti
Strategi ini amat penting dalam usaha menyebarluas maklumat PPDa kepada kumpulan sasaran termasuk guru,murid dan ibu bapa. Penerbitan bahan seperti video,buletin,risalah dan buku panduan akan dapat meningkatkan lagi kesedaran publik terhadap ancaman dadah. Bahan-bahan pameran juga dipertingkatkan di bilik dan sudut sumber PPDa sekolah.

4.1       Pelancaran Minggu Antidadah Kebangsaan di Semua Peringkat.
·     Pelancaran peringkat daerah akan dilaksanakan sebagai pemulakan gerak kerja PPDa di  peringkat sekolah.

4.2       Karnival PPDa

·         Kesenian adalah salah satu medium yang sangat berkesan dalam  menyampaikan maklumat atau mesej antidadah kepada pelajar.
·         Penyelarasan program karnival ini secara bersama diperlukan bagi memastikan impak yang lebih meluas di peringkat daerah.

4.3       Pusat Akses PPDa Daerah
·         Pusat ini akan dipastikan dapat berfungsi sebagai pusat akses maklumat di samping menyediakan alat/bahan pameran kepada pihak sekolah dan pihak yang berkaitan.
·         Kit bahan pameran dihasilkan untuk tujuan yang sama.

4.4       Penerbitan Buletin PPDa
·         Penerbitan buletin merupakan wadah terbaik bagi menyampaikan  maklumat antidadah kepada kelompok sasaran iaitu pelajar.

·         Kerjasama PKD dan AADK daerah menerbitkan buletin sebulan  sekali dalam menyalurkan maklumat aktiviti di peringkat daerah.

4.5       Rakan PPDa / Pengawas PPDa
·         Melantik murid berpotensi sebagai “Rakan PPDa” / Pengawas  PPDa di setiap sekolah sebagai agen penyebar maklumat PPDa di sekolah.

5.0      Penyelidikan dan Penilaian
Penyelidikan dan kajian menjadi pemangkin kepada keberkesanan pelaksanaan program PPDa terutama di peringkat sekolah. Kajian epidemiokologikal atau perkembangan masalah dadah semasa akan menjadi asas bagi memperkasa program PPDa di semua peringkat. Penilaian dan pemantauan program PPDa juga perlu dijadual dan dilaksana secara berterusan.
5.1       Pemantauan
·         Pegawai Khas Dadah dikehendaki melaksana program “Coaching & Mentoring” terutama bagi sekolah-sekolah berisiko tinggi.
                        5.2       Kajian Tindakan    
·         Membuat Kajian Tindakan / Kajian Keperluan berkaitan dengan Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah.
           
6.0       Pemuafakatan dan Penyelarasan
Usaha pemuafakatan dan kerjasama pintar dengan agensi-agensi berkaitan perlu dipertingkatkan. Strategi ini penting bagi meningkatkan impak dan keberkesanan program PPDa yang dilaksanakan. Tindakan juga perlu dibuat supaya semua agensi yang terlibat dalam perancangan dan pelaksanaan program pencegahan awalan dapat diselaraskan.

6.1       Mesyuarat Penyelarasan Tindakan
Memastikan mesyuarat ini dapat diadakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun bagi menyelaras program-program yang dirancang bersama melibatkan agensi berikut :
·         AADK Daerah
·         Jabatan Kesihatan Daerah
·         Ibu Pejabat Polis Daerah
·         Pengurusan FELDA
·         Jabatan Belia Dan Sukan Daerah
·         Jabatan Agama Islam
·        Agensi agensi lain yang berkaitan.

6.2       Lawatan Penanda Aras
·         Mengadakan lawatan penanda arasan bersama  sama ada dalam  daerah, dalam negeri atau luar negeri bagi tujuan peningkatan lmu. 

 
PEJABAT PELAJARAN DAERAH JERANTUT TURUT MEMPUNYAI SUDUT PPDa




















INILAH BILIK PEGAWAI PPDa JERANTUT