Isnin, 26 November 2012

TAHNIAH SMK TEMIN KE PERINGKAT AKHIR PERTANDINGAN SUDUT/LORONG SEKOLAH MENENGAH PERINGKAT KEBANGSAAN

Kenangan bersama barisan hakim yang diketuai oleh En. Salim bin Daim
28 Oktover 2012 - Sudut/Lorong PPDa SMK Temin telah dinilai di peringkat kebangsaan. SMK Temin merupakan 5 daripada 11 buah sekolah di seluruh negeri yang telah terpilih untuk dinilai bagi kategori Sudut/Lorong PPDa setelah penilaian melalui cetakan dijalankan.
 
 Tahniah kepada warga SMK Temin yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi dalam pengurusan PPDa di sekolah. Kesungguhan S/U PPDa En. Omar Bin Aziz serta jawatankuasa telah membuahkan hasil. Sudut/Lorong PPDa di SMK Temin telah diwujudkan sejak tahun 2006 lagi. Sudut/Lorong PPDa amat penting diwujudkan di semua sekolah kerana ianya dapat memberi maklumat secara kekal kepada semua warga sekolah.Tahniah kepada Pegawai Khas PPDa Jerantut En. Muhammad Faiz bin Mahyudin yang berjaya memimpin SMK Temin dalam pengurusan PPDa.
 
Terima kasih juga kepada para hakim yang sudi berkongsi pengalaman dalam pengurusan Sudut/Lorong PPDa. "Sekolah Bebas Dadah 2012" dan "Negara Bebas Dadah 2015".