Rabu, 28 Disember 2011

13 Tips Terbaik Untuk Berhenti Merokok


Isnin, 12 Disember 2011

Seludup syabu RM14.4j tumpas


NOOR Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan sebahagian bungkusan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di Batu Maung, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 12 Dis. - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan penahanan lima lelaki warga asing dan merampas 72.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14.4 juta di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bebas, Batu Maung, Jumaat lalu.

Kesemua mereka berusia 27 hingga 37 tahun yang terdiri daripada tiga lelaki Algeria dan dua lelaki Iran itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan mendapati kesemua dadah itu diseludup masuk menggunakan kontena di Pelabuhan Pulau Pinang.

Katanya, dadah-dadah itu disembunyikan di dalam 11 kampit bersama 229 kampit berisi tanah liat dari Pelabuhan Bandar Abbas, Iran, bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, serbuan pada awal pagi itu dilakukan berdasarkan intipan dan maklumat diterima pihak polis.
"Hasil pemeriksaan 240 kampit itu, 11 kampit daripadanya mengandungi syabu seberat 72.1 kilogram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya lagi, rampasan tersebut adalah kedua terbesar di negara ini malah beliau percaya pihaknya berjaya mematahkan cubaan terbaru digunakan sindiket itu menggunakan pelabuhan.

"Selain syabu, pihak polis turut merampas harta milik sindiket terbabit bernilai RM125,000 yang diperoleh daripada hasil kegiatan dadah," ujarnya.
Ujarnya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 15 Disember ini di Balai Polis Central, Jalan Pintal Tali untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ahad, 13 November 2011

BERITA: SENDIKIT TUMPAS, DADAH 20 JUTA DIRAMPAS


Noor Rashid Ibrahim menunjukkan cecair ekstasi yang dirampas daripada sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Belanda di Alor Setar, semalam. - UTUSAN/AHMAD SYAHIR KASSIM


ALOR SETAR 13 Nov. - Hampir setiap hari ada sahaja rampasan dan tangkapan dadah dibuat pihak berkuasa. Malah, Malaysia kini boleh diumpamakan sebagai hab pengedaran dadah kerana sebahagian besar sindiket yang ditumpaskan itu banyak melibatkan warga asing.
Persoalannya, bagaimana dadah itu begitu mudah diseludup masuk ke Malaysia sedangkan kawalan ketat sudah dilakukan pihak berkuasa.

Kenapa semakin ramai rakyat asing memilih negara ini untuk dijadikan pusat pengedaran dan makmal memproses dadah, khususnya jenis sintetik.
Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa dan merampas sejumlah syabu dan ekstasi bernilai lebih RM20 juta dipercayai didalangi warga Belanda, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu dilakarkan hasil dua serbuan pihaknya dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Mergong di sini dan sebuah rumah di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira pukul 5 pagi.
"Dalam serbuan itu, polis menahan 11 orang termasuk enam warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan yang berusia antara 24 hingga 60 tahun.

"Lima warga asing termasuk rakyat Belanda itu ditahan di sebuah kilang di Mergong yang dijadikan makmal memproses ekstasi," katanya pada sidang akhbar di IPK Kedah di sini, hari ini.
Menurutnya, empat lagi yang ditahan di makmal itu ialah dua warga Singapura manakala masing-masing seorang warga Perancis dan Britain.

"Seorang lagi warga Britain serta empat rakyat tempatan diberkas di sekitar Alor Setar manakala seorang lagi rakyat tempatan ditangkap di Pulau Pinang.
"Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu dengan menghasilkan dadah jenis ekstasi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," ujarnya.

Noor Rashid memberitahu, kejayaan ini adalah yang terbesar daripada segi nilai dan penglibatan individu selain dapat mengagalkan usaha sindiket tersebut mendirikan makmal ekstasi yang kedua di negara ini selepas yang pertama di Pulau Pinang pada 2009.

Mereka yang ditahan tidak memiliki rekod jenayah, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori, katanya.
Tambah beliau lagi, dalam serbuan di Mergong, pihaknya merampas 240 liter cecair ekstasi, bahan 'precursor safrole', 'acetone' dan pelbagai cecair kimia serta peralatan memproses dadah.

"Dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan mini makmal di Pulau Pinang, polis merampas 34 kilogram syabu serta menahan seorang lelaki.
"Empat buah kereta turut disita iaitu dua buah Mercedes-Benz dan sebuah Toyota Vios serta pikap Tata selain pelbagai mata wang asing termasuk Euro, Yuan, Baht, Dollar Amerika Syarikat dan Singapura serta mata wang tempatan bernilai lebih RM39,000," katanya.

UTUSAN- 14/11/2011

Isnin, 26 September 2011

3 KG SABU DIRAMPAS

SHAH ALAM 26 Sept. – Polis berjaya menggagalkan satu lagi cubaan menyeludup masuk dadah syabu ke negara ini dengan menggunakan pelembap bibir di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang di sini, pada 17 September lalu.
Cubaan kali ini melibatkan tiga kilogram dadah syabu bernilai RM750,000 yang dibawa oleh seorang pelajar kolej warga Nigeria berusia 27 tahun yang datang dengan penerbangan dari Doha, Qatar.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata, semasa diperiksa, pelajar wanita berkenaan didapati membawa 25 kotak hadiah kecil di dalam beg tangannya.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut mendapati, kesemua kotak hadiah tersebut mengandungi 600 batang pelembap bibir yang setiap penutupnya diisi dengan serbuk syabu.
“Pelajar terbabit yang dipercayai dijadikan keldai dadah oleh sindiket antarabangsa ditahan reman sehingga 29 September ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” kata beliau kepada pemberita di Pusat Media Polis Selangor di sini hari ini.
Pada 15 September lalu, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) KLIA turut menggagalkan cubaan sama menyeludup 1.5 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM375,000 yang disembunyikan dalam penutup pelembap bibir.
Thaiveegan berkata, dalam satu lagi tangkapan di KLIA pada Jumaat lalu, polis turut menahan seorang pelajar kolej swasta yang juga warga Nigeria kerana membawa dua kilogram dadah syabu bernilai RM500,000 di dalam beg pakaiannya.
Menurut Thaiveegan, pelajar wanita berusia 23 tahun itu ditahan sewaktu tiba di KLIA dengan penerbangan dari Doha, Qatar.
“Pelajar yang mengaku menuntut di salah sebuah kolej swasta di negara ini ditahan reman sehingga 1 Oktober ini bagi membantu siasatan.
“Pihak polis giat menjalankan operasi membanteras penyeludupan dadah ke negara ini dengan melakukan pemantauan rapi di KLIA,” katanya.

SUMBER: UTUSAN MALAYSIA   27/9/2011

Ahad, 25 September 2011

Isu dadah: Kursus untuk seludup heroin

BIMBANG...ahli keluarga bersama Chong menunjukkan gambar Letchumi.
BIMBANG...ahli keluarga bersama Chong menunjukkan gambar Letchumi.
KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang juga pembungkus makanan di sebuah kilang di sini, ditahan pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Guangzhou, China selepas disyaki cuba menyeludup dadah jenis heroin seberat 549 gram bernilai kira-kira RM40,000.
Difahamkan, wanita itu, C Letchumi, 32, yang dipercayai menjadi mangsa sindiket keldai dadah berlepas ke republik itu pada 10 September lalu bersama empat rakan sekerjanya termasuk majikan warga Nigeria, bagaimanapun ditahan pihak berkuasa China atas dakwaan membawa dadah terbabit yang disorokkan dalam beg baju.
Menurut suami mangsa, C S Sangar, isterinya baru tiga bulan bekerja dengan sebuah kilang pembungkusan makanan di Taman Bolton, Gombak, dekat sini, sebelum mendapat tawaran daripada majikannya untuk pergi ke China bagi mengikuti kursus pengurusan.

“Pada mulanya saya curiga dengan tawaran itu memandangkan isteri baru beberapa bulan bekerja, namun tidak mengesyaki apa-apa perkara buruk kerana dia seronok bekerja di situ selain baik dengan seorang anak majikan.

“Pada hari kejadian, saya menghantarnya ke lapangan terbang dan sebelum berlepas, Letchumi memeluk saya dan memohon untuk pergi ke sana selama seminggu dan saya pelik dengan tindakannya itu।
sumber: metro 25/9/2011


Rabu, 3 Ogos 2011

PROGRAM SHIELDS


Program Sayangi Hidup Elak Dadah Selamanya (SHIELDS) telah di adakan pada 4 Julai hingga 7 Julai 2011 bertempat di Pusat Kokurikulum Kg Pedah Pejabat Pelajaran Daerah Jerantut. Seramai 31 Orang pelajar telah mengikuti program ini.
Program Anjuran AADK ini dahulunya dikenali sebagai Progran Intervensi Pelajar(PIP) adalah merupakan program yang melibatkan remaja berumur 13-17 tahun di mana peringkat umur ini remaja paling mudah terdedah dengan kejala sosial terutamanya penagihan dadah. Oleh itu pelajar terutamanya yang berisiko tinggi perlu didedahkan dengan maklumat dan pengetahuan tentang bahaya serta risiko penagihan dadah dan seterusnya menyekat dari terus terlibat dalam gejala negatif

Selasa, 2 Ogos 2011

KONVOI PPDa PEJABAT PELAJARAN JERANTUT


Konvoi PPDa Dilepaskan OLeh En. Adnan Bin Abdul Kadir Pegawai Pelajaran Daerah Jerantut





Menginap di Kompleks Rakan Muda Sukan Air Singgah di Program Kelab Pengguna Di Tasik
Rompin, Pahang Bera



Lokasi:Pejabat Pelajaran Daerah Bera Majlis Sekalung Budi Sejambak Kasih PPD Bera

Ceramah Agama Di Sampaikan Oleh Al-Fadil Ust Ridzuan Abdullah

Konvoi Jerantut - Rompin 15 Julai - 17 Julai 2011