Khamis, 19 Januari 2012

PROSIDAR Perlu Diberi Perhatian

TAHAP 2
TAHAP 1


Kit Pengajaran dan Pembelajaran Program Sifar Dadah Sekolah Rendah (PROSIDAR) telah diterbitkan bertujuan untuk memantapkan lagi program dan aktiviti Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah rendah di Malaysia.
Murid sekolah rendah merupakan modal insan yang sangat berharga. Mereka perlu diberi pendedahan tentang Program Pendidikan Pencegahan Dadah sejak dari awal lagi supaya tidak terjebak dengan dadah.
Murid diberi pendedahan dan maklumat yang jelas tentang kesan pengambilan rokok, inhalan, arak dan dadah.
Sukatan Pelajaran Tahap 1.
Tahun 1
Topik 1 - "Apa itu Rokok"
Topik 2 - Kesan Merokok
Topik 3 - Kenapa Dilarang Merokok
Tahun 2
Topik 1 - Kandungan Dalam Sebatang Rokok
Topik 2 - Kenapa Dilarang Merokok
Topik 3 - Menjauhi Rokok
Tahun 3
Topik 1 - Punca dan Kesan Merokok Kepada Tubuh Badan
Topik 2 - Bagaimana Mengatakan 'TIDAK' Kepada Rokok
Topik 3 - Inhalan; Jenis dan Kesan Penagihanya
Sukatan Pelajaran Tahap 2
Tahun 4
Topik 1 - Perbezaan Dadah, Ubat dan Racun
Topik 2 - Jenis-Jenis Dadah, Inhalan dan Air Daun Ketum
Topik 3 - Kesan dan Akibat Penagihan Dadah
Tahun 5
Topik 1 - Faktor-faktor Penagihan Dadah
Topik 2 - Faktor Penagihan Dadah; Pengaruh Rakan sebaya
Topik 3 - Amalan Gaya Hidup Sihat
Tahun 6
Topik 1 - Masalah Dadah Semasa
Topik 2 - Kesan Penggunaan Dadah dari aspek Sosial, Ekonomi, Keselamatan Dan Kesihatan
Topik 3 - Undang-undang dan Hukuman dadah di Malaysia

Isnin, 16 Januari 2012

Selamat datang guru-guru baru

Selamat bertugas kepada guru-guru yang mula melapor diri di PPD Jerantut pada hari esok 17 januari 2012!

Rabu, 11 Januari 2012

PEMANTAUAN PERSEDIAAN SEKOLAH AWAL TAHUN(PPSAT) 2012 DAERAH JERANTUT

Pemantauan Persediaan Sekolah Awal Tahun(PPSAT) 2012 Daerah Jerantut.
Tarikh : 4 Januari 2012
Hari    : Rabu
Tempat : Sekolah Kebangsaan Kg Baharu, Jerantut


 Pengurusan Makmal Komputer turut dipantau

  Guru Penyelaras Makmal Komputer sedang menyediakan bahan untuk P&P


Sesi P&P sedang berjalan

 Kelas Pra Sekolah Kebangsaan Kg Baharu

 Sudut & Lorong PPDa Sk Kg Baharu turut dipantau

Pegawai PPDa Sedang Memantau sistem Fail rekod Sekolah



  
Murid Tahun 1 Sk Kg Baharu sedang mendengar penerangan berkenaan penggunaan kantin sekolah dan peraturan yang disampaikan oleh guru Tahun Satu.


Dapatan:

Secara keseluruhan pengurusan sekolah dapat disediakan dengan sempurna dan juga p&p dapat dijalankan dengan lancar tanpa sebarang gangguan.

Rabu, 28 Disember 2011

13 Tips Terbaik Untuk Berhenti Merokok


Isnin, 12 Disember 2011

Seludup syabu RM14.4j tumpas


NOOR Rashid Ibrahim (tengah) menunjukkan sebahagian bungkusan dadah jenis syabu yang berjaya dirampas dalam satu serbuan di Batu Maung, Pulau Pinang, baru-baru ini.


PULAU PINANG 12 Dis. - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah terbesar di negeri ini dengan penahanan lima lelaki warga asing dan merampas 72.1 kilogram dadah jenis syabu bernilai RM14.4 juta di sebuah gudang di Kawasan Perindustrian Bebas, Batu Maung, Jumaat lalu.

Kesemua mereka berusia 27 hingga 37 tahun yang terdiri daripada tiga lelaki Algeria dan dua lelaki Iran itu ditahan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, siasatan mendapati kesemua dadah itu diseludup masuk menggunakan kontena di Pelabuhan Pulau Pinang.

Katanya, dadah-dadah itu disembunyikan di dalam 11 kampit bersama 229 kampit berisi tanah liat dari Pelabuhan Bandar Abbas, Iran, bagi mengaburi pihak berkuasa.

Katanya, serbuan pada awal pagi itu dilakukan berdasarkan intipan dan maklumat diterima pihak polis.
"Hasil pemeriksaan 240 kampit itu, 11 kampit daripadanya mengandungi syabu seberat 72.1 kilogram," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Menurutnya lagi, rampasan tersebut adalah kedua terbesar di negara ini malah beliau percaya pihaknya berjaya mematahkan cubaan terbaru digunakan sindiket itu menggunakan pelabuhan.

"Selain syabu, pihak polis turut merampas harta milik sindiket terbabit bernilai RM125,000 yang diperoleh daripada hasil kegiatan dadah," ujarnya.
Ujarnya, kesemua suspek kini ditahan reman sehingga 15 Disember ini di Balai Polis Central, Jalan Pintal Tali untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ahad, 13 November 2011

BERITA: SENDIKIT TUMPAS, DADAH 20 JUTA DIRAMPAS


Noor Rashid Ibrahim menunjukkan cecair ekstasi yang dirampas daripada sindiket dadah antarabangsa yang didalangi warga Belanda di Alor Setar, semalam. - UTUSAN/AHMAD SYAHIR KASSIM


ALOR SETAR 13 Nov. - Hampir setiap hari ada sahaja rampasan dan tangkapan dadah dibuat pihak berkuasa. Malah, Malaysia kini boleh diumpamakan sebagai hab pengedaran dadah kerana sebahagian besar sindiket yang ditumpaskan itu banyak melibatkan warga asing.
Persoalannya, bagaimana dadah itu begitu mudah diseludup masuk ke Malaysia sedangkan kawalan ketat sudah dilakukan pihak berkuasa.

Kenapa semakin ramai rakyat asing memilih negara ini untuk dijadikan pusat pengedaran dan makmal memproses dadah, khususnya jenis sintetik.
Terbaru, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan satu sindiket dadah antarabangsa dan merampas sejumlah syabu dan ekstasi bernilai lebih RM20 juta dipercayai didalangi warga Belanda, kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, kejayaan itu dilakarkan hasil dua serbuan pihaknya dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah menyerbu sebuah kilang di Kawasan Perindustrian Mergong di sini dan sebuah rumah di Georgetown, Pulau Pinang kira-kira pukul 5 pagi.
"Dalam serbuan itu, polis menahan 11 orang termasuk enam warga asing manakala selebihnya rakyat tempatan yang berusia antara 24 hingga 60 tahun.

"Lima warga asing termasuk rakyat Belanda itu ditahan di sebuah kilang di Mergong yang dijadikan makmal memproses ekstasi," katanya pada sidang akhbar di IPK Kedah di sini, hari ini.
Menurutnya, empat lagi yang ditahan di makmal itu ialah dua warga Singapura manakala masing-masing seorang warga Perancis dan Britain.

"Seorang lagi warga Britain serta empat rakyat tempatan diberkas di sekitar Alor Setar manakala seorang lagi rakyat tempatan ditangkap di Pulau Pinang.
"Sindiket itu dipercayai beroperasi sejak beberapa bulan lalu dengan menghasilkan dadah jenis ekstasi untuk pasaran tempatan dan antarabangsa," ujarnya.

Noor Rashid memberitahu, kejayaan ini adalah yang terbesar daripada segi nilai dan penglibatan individu selain dapat mengagalkan usaha sindiket tersebut mendirikan makmal ekstasi yang kedua di negara ini selepas yang pertama di Pulau Pinang pada 2009.

Mereka yang ditahan tidak memiliki rekod jenayah, namun siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori, katanya.
Tambah beliau lagi, dalam serbuan di Mergong, pihaknya merampas 240 liter cecair ekstasi, bahan 'precursor safrole', 'acetone' dan pelbagai cecair kimia serta peralatan memproses dadah.

"Dalam serbuan di sebuah rumah yang dijadikan mini makmal di Pulau Pinang, polis merampas 34 kilogram syabu serta menahan seorang lelaki.
"Empat buah kereta turut disita iaitu dua buah Mercedes-Benz dan sebuah Toyota Vios serta pikap Tata selain pelbagai mata wang asing termasuk Euro, Yuan, Baht, Dollar Amerika Syarikat dan Singapura serta mata wang tempatan bernilai lebih RM39,000," katanya.

UTUSAN- 14/11/2011